Memiliki rumah yang cantik adalah impian setiap orang!
Bila kerja dah stabil, duit pun dah ada, apa salahnya invest untuk beli rumah kan? Rasanya lagi menarik kalau kita boleh beli rumah cantik dan dapat pulangan yang menarik, macam dapat hadiah ke kan?
Tapi ada ke pemaju yang nak kasi hadiah bila kita beli rumah?
Ish mestilah ada guys! Ini yang kami nak kongsikan dengan korang ni! LBS Bina Group nak kasi hadiah bernilai RM1.5 juta kepada korang yang bertuah dan pelbagai insentif lain tau.
Korang nak tahu tak apa lagi yang LBS Bina Group nak tawarkan dekat korang semua? Baca artikel ni sampai habis! Kalau tak rugi korang!
Hadiah Bernilai Sehingga RM1.5 Juta
LBS Bina Group merupakan pemaju hartanah terkemuka di Malaysia yang menawarkan perumahan selesa dengan harga mampu milik kepada para pembeli.
Bukan tu je tau, LBS Bina Group juga turut memperkenalkan kempen LBS Fabulous Extra 2022-23 yang turut menawarkan hadiah menarik dan juga insentif lain kepada korang yang membeli hartanah dengan mereka.
LBS Fabulous Extra 2022-23 adalah kesinambungan daripada kempen LBS Fabulous 20-21 yang mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Oleh itu, LBS Bina Group sekali lagi bermurah hati untuk menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM1.5 juta!
Hadiah Saguhati Pun Banyak!
Korang mesti tertanya-tanya kan apa hadiah menarik yang LBS Fabulous Extra nak bagi dekat korang, betul tak?
Kitorang pun excited nak kongsikan dengan korang! Antara hadiah yang ditawarkan ialah:
- Hadiah Utama: Perodua Axia 1000G std
- Hadiah Pertama: SM Sports 110R Motocycle
- Hadiah Kedua: Sony 5.1CH Cinema Home Soundbar
- Hadiah Ketiga: Panasonic 40” Television
- Hadiah Keempat: Mountain Bike
Bukan tu je tau, korang yang menyertai cabutan bertuah ini juga berpeluang untuk memenangi hadiah saguhati seperti:
-
- Samsung Washer Machine
- Elba ERC
- Haier Robotic Pressure Cooker
- Sharp Pressure Cooker
Dan banyak lagi hadiah lain tau!
Ha menarik betul kan hadiah-hadiah tu! Nak menang hadiah-hadiah menarik tu, mestilah ada syaratnya. Mudah je!
Korang haruslah membeli hartanah berharga dari RM3000,001.00 dan ke atas daripada projek terpilih LBS Bina Group of Companies seperti:
LBS Skylake Residence – Puchong, Selangor
Prestige – Seri Kembangan, Selangor
KITA @ Cybersouth – Dengkil, Selangor
RBBJ – Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Insentif Lain Pun Ada!
Selain dari menang hadiah berjumlah RM1.5 juta tu, korang yang membeli hartanah daripada LBS Bina ni juga dapat menikmati insentif tambahan yang sangat berbaloi tau.
Antara insentif tambahan tersebut termasuklah:
- Yuran tempahan rendah
- Yuran guaman secara percuma
- Ganjaran Kesetiaan
- Skim Bayaran Fleksi
- Sifar Bayaran Keluar
- Pakej Perabot
Haih dah dapat hadiah best, dapat lagi insentif tambahan macam ni, siapa je nak bagi? LBS Bina Group je guys!
So korang yang dah ready nak miliki rumah idaman tu, cepat-cepat lah tengok projek perumahan mana yang berkenan dihati, nanti melepas pulak!
Untuk maklumat lanjut mengenai LBS Fabulous Extra, korang boleh terus layari laman sesawang LBS Bina Virtual Fair sekarang!