Pelakon Bollywood, Ranveer Singh dipercayai membeli empat buah unit kondominium mewah di kawasan perumahan elit di Bandra, Mumbai, India. Difahamkan, bandar Bandra merupakan lokasi menghadap laut dan terkenal dengan harga rumahnya yang cukup luar biasa. Wow!
Jiran dengan Shah Rukh Khan
Menurut laporan NDTV.com, Ranveer turut berjiran dengan pelakon, Shah Rukh Khan. Bercerita mengenai harga rumah yang dibeli oleh Ranveer, empat unit kondominium itu dianggarkan bernilai RS119 Chore bersamaan (RM66 juta). Kondominium Ranveer itu juga terletak di tingkat 16,17,18 dan 19 serta keluasannya menjangkau 1046 meter persegi dengan balkoni yang eksklusif sebesar 130 meter persegi.
Di samping itu, NDTV.com turut melaporkan bahawa urusan pembelian hartanah kali ini diuruskan sendiri oleh firma milik ayah Ranveer iaitu Jagjit Sunder Singh Bhavnani. Jagjit juga dipercayai memiliki sebuah syarikat media yang dikenali sebagai Oh Five Oh Media Works LLP. Dalam pada itu, Ranveer dan isterinya iaitu Deepika Padukone dikatakan belum tentu menetap di rumah tersebut. Terkini, pasangan suami isteri itu dipercayai menetap di sebuah rumah agam di kawasan Alibag.
Sumber: NDTV.com