berita

Beli Rumah ‘Percuma’ Isteri, Wanita Berstatus Janda Ini Terima Banyak Mesej Dari ‘Pembeli’

July 16th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Indonesia, kisah seorang wanita berstatus janda mendapat perhatian ramai selepas dia mengiklankan penjualan rumah. Lebih menarik apabila dia memaklumkan akan mengahwini jejaka yang membeli rumah berkenaan.

‘Saya bersedia nikah dengannya’

Menerusi laporan yang dipetik Tribunnews, wanita yang dikenali dengan Metha Kanzul bercadang menjual rumahnya yang terletak di daerah Mesu, Bangka Belintung dengan harga 185 juta rupiah atau bersamaan kira-kira RM54, 075.

Metha mengiklankan jualan rumah itu menerusi akaun Facebook miliknya dengan memuatnaik gambar rumah serta gambar dirinya bersama anak kecil dengan kapsyen ‘Dijual Rumah+Tanah Siap Huni+Isteri Jika  Jodoh’. Namun, beberapa jam kemudian, perkongsian tersebut telah viral di media sosial sehingga ada yang turut berkongsikan di Group Whatsapp.

Benar, saya mahu jual rumah. Tapi terfikir untuk menjualnya dengan cara yang berbeza dan terfikir untuk berbuat sedemikian. Jika ada pembeli dan jodoh, saya sedia bernikah dengannya. Jika rumah itu terjual, saya akan berpindah ke rumah keluarga kerana selama ini ibu yang tinggal di sana.

Tambah Metha lagi, dia juga kini memang sedang mencari pendamping hidup setelah hampir setahun memegang status janda.

Letak syarat pada bakal suami

Difahamkan, Metha yang merupakan ibu kepada seorang anak ini pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini. Kini, ibu tunggal ini hanya tinggal berdua bersama anak lelakinya yang berusia 4 tahun. Menceritakan kisah itu, Metha mengakui sejak perkongsian itu viral, dia telah menerima banyak mesej  yang rata-ratanya menawarkan diri untuk menjadi suaminya.

Saya tidak kisah membalas kiriman mesej, jika niat mereka betul untuk bertanya mengenai rumah. Namun, jika tujuannya tidak jelas, saya abaikan saja.

Bercakap lanjut mengenai itu, Metha memaklumkan bahawa dia turut meletakkan beberapa syarat kepada si jejaka seperti memiliki agama dan akhlak yang baik serta boleh membimbingnya ke jalan Allah SWT.

Sumber: Tribunnews, Makassar

SKIP THIS AD ×