berita

Beli Sotong Sekilo Tapi Ais Lagi Berat Dari Sotong…

February 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Mizah Salleh

Isu di mana pelanggan ditipu oleh peniaga bukan satu perkara baru yang terjadi. Bahkan, terdapat kes yang berlaku di mana pelanggan terpaksa menanggung kos kerugian yang tinggi akibat ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Seperti perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Mizah Salleh, tampil menceritakan pengalamannya ditipu oleh seorang penjual sotong.

Ais berat dari isi

Foto: Mizah Salleh

Nak komplen kat sini memandang seller takda ada rasa tanggungjawab atau minta maaf. Masih nak pertahan dia jugak betul.

Kisahnya bermula, apabila wanita ini membeli sotong daripada seorang penjual yang mengaku harga sotong yang dijual adalah RM20 bagi setiap kilogram. Namun, wanita ini meluahkan rasa kecewa apabila berat sebenar sotong yang ‘dikatakan’ 1 kilogram ini sebenarnya hanya 400 gram sahaja.

Aku order sotong ring. Tanya seller dia kata berat 1kg RM20. Seller langsung tak beritahu sotong itu bersalut ais. Tengok dalam gambar seller pun tak nampak bersalut ais. Aku timbang tadi sekali ais 1kg. Tapi bila buang air (lepas defrost) berat sotong itu cuma 405 gram.

Namun, dia terkejut apabila berat sotong yang dibelinya tidak sama seperti mana yang diberitahu oleh penjual. Pada masa yang sama, penjual itu sama sekali tidak memberitahu berat sebenar sotong itu hanyalah 405 gram.

Air saja 600 gram

Foto: Mizah Salleh

Jelasnya lagi, berat air yang terdapat di dalam bungkusan itu lebih berat daripada isi sotong itu sendiri. Pada masa yang sama, dia bukan ingin mempertikaikan berkenaan harga sotong itu, cuma mahukan peniaga itu bersikap telus dan jujur ketika proses urusan jual beli dilakukan.

Air saja 600g wei. Memang tertipu la kan kalau macamni? Isu dia dekat sini bukan harga yang aku pertikaikan tapi aku pertikai berat dia yang tak betul-betul 1kg dan seller langsung takde inform pun pasal bersalut ais bagai tu. Pasal harga aku tak kisah pun. Salah ka aku komplen dekat seller berat dia tak cukup timbangan dan seller tak inform tu?

Tidak berakhir di situ, peniaga itu juga sempat memberikan janji-janji palsu dengan mendakwa sotong itu akan lebih manis jika diletakkan ais bersamanya.

Dan dia rasa tawar. Tak manis pun macam seller cakap kononnya buh ais lagi rasa manis bla bla blaaa.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka sebelum ini dalam membeli barangan basah. Jelas mereka, perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku dan seorang peniaga itu perlu bersikap jujur dalam urusan jual beli.

Pada masa yang sama, terdapat juga komen yang menyatakan barangan basah itu sudah dibungkus oleh pembekal dan kesalahan itu tidak sepatutnya ditujukan kepada penjual itu semata-mata. Konsepnya di sini, adalah penjual itu perlu menjelaskan barangan itu dijual dalam bentuk paket mahupun berat barangan itu sendiri.

Sumber: Mizah Salleh

SKIP THIS AD ×