berita

Beli Tanah & Bina Bangunan Perniagaan Sendiri, Gadis Ini Kongsi Tips Berjaya Bisnes Pada Usia 19 Tahun

November 16th, 2016 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

sha-hassan-collage

Meskipun usia baru menganjak angka 20, gadis cantik ini sudah mempunyai premis perniagaan sendiri yang dibeli dengan hasil titik peluhnya berniaga. Pergh memang kagum gila lah. Namun, bukan senang nak berjaya tau. Pelbagai suka duka dilalui gadis ini dalam mencapai apa yang diinginkan.

Paling mengejutkan, beliau sanggup berhenti belajar semata-mata mahu berbisnes tau. Jom baca tips yang dikongsi gadis ini yang mungkin boleh menjadi inspirasi kepada anak muda yang lain.

Beli tanah dan bina bangunan dengan duit sendiri

premis-sha-hassan

Almost done Alhamdulillah. For those yang pernah DM, whatsapp or inbox thru Fb macam mana saya start sampai sekarang nahh saya share sikit. Saya bina bangunan ni when I was 19 y/old which is akhir tahun lepas. Now 20 y/old (baru je masuk 20 ok, still remaja gittew). Dari urusan beli tanah sampai ke bina bangunan 100% takde Bantuan PAMA (papa mama) atauu loan bank. All by cash & 100% dari Allah swt.

Mula dengan dropship & berhenti belajar untuk fokus bisnes

12994457_507896742731468_6252127296283250851_n

Okayy saya start dengan dropship je mula-mula sebab takde modal & nak kumpul ilmu dulu lepastu kumpul-kumpul duit untuk start bisnes sendiri. Masa tu tengah study lagi. Saya ambik keputusan untuk berhenti belajar sebab rasa susah nak focus bisnes & rasa kalau continue study, lambat kaya hahaha. Nak habiskan dip & degree je dah berapa tahun lepas tu baru struggle nak cari keje & kumpul duit semua.

Target nak capai 1 million dalam masa setahun masa tu. So bila dah ada cita-cita jangan jadikan angan2 je. Buat sampai jadi ! Maka saya pun stop lah study, sorang pun taktau sebab tak nak kena marah. Sampai sekarang saya ingat sorang daripada family saya sendiri pernah cakap, “setakat follow je apa yang orang tua dah sediakan memang orang tak kan respect.” Modal & bisnes journey yang parents dah sediakan, ko just buat sikit-sikit je tak mencabar & tak boleh nak banggakan. Nanti tak boleh nak cite dengan anak cucu betapa susah dolu2 nak capai tahap sekarang. Jadi saya start dengan KOSONG. Sumpah saya tak mintak duit mak saya sepuloh sen pon untuk mula.

Kena ada target dan cuba achieve

Jatuh bangun tuhan saja yang tahu untuk sampai tahap sekarang sebab mula dengan umur 19 tahun memang takde ilmu bisnes pun. Try & error je. Walaupun korang rasa “elehh, macam ni pun nak bagitau” tapi sebab saya cari dengan titik peluh sendiri untuk bina ni semua so saya rasa puas. Biasanya saya jarang nak share personal life (maksudnya beli & ada barang apa) dalam media sosial sebab kononnya nak follow idola kite @carlsamsudin & @bellealyahya yang dah berjaya kaya raya tapi humble gila. For this one, saya rasa nak share sebab tau ramai remaja yang baya-baya saya pernah rasa apa yang saya rasa dulu, nak start bisnes tapi tak berani sebab takut risiko / drop & ramai yang pm saya tanya macam2 tentang bisnes tapi saya tak mampu nak guide sebab saya pun masih bertatih dalam bisnes tapi apa yang saya tau, set goal and make it real.

Mula dengan target nilai yang korang belum pernah sentuh contohnya, 10k dulu lepastu dah achieve, up 100k lepastu up lagi & seterusnya. Bila dah ada duit yang kukuh, kumpul aset yang nilai dia tak kan turun macam properties. Semoga korang semua akan capai target masing-masing & sama-sama kita berjaya dunia akhirat.

Sumber : Sha Hasan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×