Pelakon Bell Ngasri menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dengan taktik sindiket penipuan atau ‘scammer’ melalui kiriman mesej yang menyamar sebagai rakan-rakan mereka.
Artikel berkaitan: Bell Ngasri Idam Watak Serius – ‘Saya Nak Buat Sebab Memang Ada Peminat Minta’
Artikel berkaitan: ‘Tak Payah Marah Kalau Pendatang Baru Perangai Diva’ – Bell Ngasri
Selidik terlebih dahulu
Menurut Bell atau nama sebenar Nasrizal @ Ngasrizal Nasri berkata, orang ramai perlu selidik terlebih dahulu sebelum bertindak memindahkan wang diminta.
Saya kena scam masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu dengan ‘penyamar’ pelakon Mubarak Majid yang mengirim mesej di WhatsApp ingin meminjam wang. Tanpa selidik, saya masukkan duit diminta.
Tapi, sekarang ada lagi kisah ini (scammer) dan saya harap supaya lebih berhati-hatilah. Sebenarnya, contoh (mangsa penipuan) itu dah berlaku kepada saya sendiri. Jadi, dah pernah tersebar pun dan sepatutnya ia menjadi pengajaran kepada mereka di luar sana.
Saya tak sangka masih terjadi lagi dan harap-harapnya kita lebih berhati-hati. Kalau dapat WhatsApp yang mencurigakan, sepatutnya terus hubungi individu berkenaan untuk kenalpasti dia adalah orang yang sebenar atau tidak.
Menurut Bell, dia tidak lagi mudah percaya dengan mesej yang diterima daripada rakan selebriti atau sesiapa sahaja yang dikenali untuk meminta bantuan kewangan.
Saya akan hubungi dulu dan bertanya adakah mereka yang menghantar mesej minta bantuan berkenaan. Tidak perlu bertanya semua benda melalui balasan mesej di tulis, tapi terus saja hubungi orang itu.
Kalau kita berbalas mesej dengan pengirim, dia pasti akan jawab macam betul kerana itulah yang pernah saya lalui sendiri. Pengalaman saya mesej pada uncle Mubarak dan dia jawab beritahu dalam keadaan susah.
Pada 2021, Bell menanggung kerugian sebanyak RM1,000 selepas menjadi mangsa penipuan ‘scammer’ yang menyamar sebagai pelakon, Mubarak Majid yang kononnya dalam kesusahan.