Pelakon dan penyanyi Bella Astillah meluahkan rasa syukur dan gembira apabila anak sulungnya iaitu Ayden Adrean, berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi subjek Pendidikan Islam.
Artikel Berkaitan: Bella Astillah Tak Mahu Ayden Keliru, Ada Sebab Tak Benarkan Anak-Anak Jumpa Bekas Mentua – ‘Benda Ini Ambil Masa, Tak Semudah ABC’
Artikel Berkaitan: Bella Astillah Cemas Ayden Adrean Jatuh Tandas Di Sekolah – ‘Berdebar Sepanjang Jalan’
Paling tinggi markah
Menurut Bella, dia berasa sangat bangga melihat pencapaian yang diraih oleh Ayden. Ujar Bella, Ayden berjaya mendapat markah paling tinggi iaitu 94 bagi mata pelajaran tersebut. Berbicara lebih lanjut, Bella sebagai ibu memberitahu, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya.
Tambah Bella, dia berharap Ayden menjadi anak lelaki yang baik akhlaknya.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Bella pandai membahagikan masa bersama anak-anak meskipun jadualnya kelihatan sangat padat. Terbaru, Bella dilihat sibuk melakukan persiapan sempena Konsert Sumandak Stars di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu ini.
Sumber: Bella Astillah