Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengambil pendekatan untuk tidak lagi berkongsi mengenai hal rumah tangga dan masalah keluarganya dalam media sosial.
Artikel Berkaitan: Bella Astillah ‘Petik’ Tindakan Ibu Aliff Aziz ‘Follow’ ‘R’, Dakwa Tiada Langsung Minta Maaf – ‘Unfollow Menantu Yang Jaga Anak Awak’
Artikel Berkaitan: Bella Astillah Dedah Sisi Sebenar Ibu Mentua, Siti Hafizah Dah Jangka Diserang Netizen – ‘Cyber Troopers Tak Berbayar Memang Terbaik’
Netizen muak
Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, dia hanya mahu meneruskan kehidupan dengan tenang bersama dua cahaya mata dan berkongsi mengenai perkara positif kepada peminat.
Jelasnya, tindakan memuat naik kenyataan di Instagram baru-baru ini mengenai dakwaan cuba memisahkan hubungan anak-anak dengan bekas suami, Aliff Aziz adalah untuk menjelaskan perkara sebenar.
Saya faham ada dalam kalangan netizen yang berkata sudah muak atau tidak selesa apabila saya terus bercakap fasal masalah keluarga. Saya sendiri sebenarnya tidak suka kongsikan apa-apa lagi, hanya mahu ‘move on’.
Saya sekarang mahu kongsi kepada peminat mengenai perkara yang lebih positif tentang diri, anak-anak dan kerjaya saya. Tapi apabila ada yang tidak berhenti (cetus kontroversi), jadi saya harus letak titik noktah.
Saya tiada niat langsung mahu pisahkan anak-anak daripada bapanya. Disebabkan itu saya buat kenyataan baru-baru ini untuk menjernihkan dan menjelaskan situasi sebenar.
Kalau pihak sana (bekas suami) mahu cakap apa-apa lagi, saya sudah tiada perkara ingin jelaskan, segalanya sudah terungkai. Saya secara peribadi rasa lega dah luahkan segalanya.
Bella berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada anugerah TikTok Awards Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Ahad.
Dalam pada itu, Bella mendakwa Aliff sudah lama tidak berhubung dengannnya untuk bertanya soal anak-anak.
Tiada, langsung tiada. Last dia hubungi Ayden masa hari raya lalu. Dia hubungi mama saya.
Imbas kembali, Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anak mereka iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4, kepada Bella.