Pelakon Bella Astillah mengakui dia sentiasa menjaga batas setiap kali menjalani penggambaran dengan pelakon lelaki.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah & Risteena Bersama Atas Satu Pentas, Reaksi Puteri Sarah Raih Perhatian Netizen – ‘Tak Boleh Cover Muka Tu’
Artikel Berkaitan: ‘Mama Sangat Hebat..Kerja Kuat, Sabar & Terima Kasih Selalu Ada Dengan Kak Long’ – Bella Astillah
Panggil aku & kau
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Bella berkata, dia mahu mengelak daripada sebarang masalah atau terjadinya ‘cinta lokasi’. Tambah Bella, dia akan mulakan dengan panggilan seperti ‘aku dan kau’ selain hanya berhubung melibatkan kerja sahaja.
Alhamdulillah, tak ada apa-apa masalah bekerjasama dengan Ezaidi dan Eyka. Kami saling menghormati… saya rasa, hormat itu paling penting bila kita berlakon di tempat set.
Selain itu, kita kena ada batas terutama antara perempuan dan lelaki. Macam Ezaidi dan Shahidan, mereka kacau antara mereka saja, tak ada kacau pelakon wanita lain.
Macam saya dengan Ezaidi banyak babak bersama dan banyak luangkan masa lama, jadi kami mula dengan panggilan ‘aku, kau’ sebab makin lama shooting, akan ada bonding.
Jadi bila dah bonding, macam mana kita nak elak supaya tidak timbul perasaan ke apa, kita mula dengan panggilan dan apa sahaja keperluan, hanya di tempat kerja saja.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini ditemui OhBulan! ketika sidang media pelancaran drama Satu Hari Nanti yang diadakan di Flint Cafe & Roastery, The Curve, Petaling Jaya, pada Selasa.
Berbicara lebih lanjut, pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah ini turut memberitahu, sebagai manusia dia sentiasa mengawal diri daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Kita ini manusia biasa… saya tak ada (cinta lokasi). Jadi kita sendiri boleh kawal benda itu… selagi boleh kawal, kita kawal. Saya memang lakukan dengan semua pelakon.
Disoal adakah bimbang akan jatuh cinta dengan pasangan gandingan, Bella bagaimanapun berkata ia tidak mungkin terjadi memandangkan mereka sudah meletakkan batasan.
Tak mungkin la, kita semua dah macam keluarga. Pernah juga untuk ‘wrap party’ tapi keluar dengan semua orang. Tak pernah keluar dan tak pernah mesej… lagipun dia (Ezaidi) seorang yang penuh hormat.