berita

Bella Astillah Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Ayden Dah Jadi Abang!

July 18th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Isteri kepada penyanyi terkenal Aliff Aziz iaitu Bella Astillah menerusi akaun Instagramnya memaklumkan bahawa dia telah selamat melahirkan anak keduanya sekitar jam 6.10 pagi tadi (18 Julai 2020).

Artikel Berkaitan: ‘Saya Hanya Reda & Bersabar…’ – Bella Astillah Bersalin Tanpa Aliff Aziz Disisi

Bayi perempuan Bella dan Aliff

https://www.instagram.com/p/CCw-WxUj-WO/

Sebelum ini, Bella memberitahu dia dijangka melahirkan anak keduanya itu pada 17 Julai 2020 (Jumaat) tetapi sehingga semalam masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin meskipun usia kandungan kini sudah mencecah 40 minggu. Difahamkan juga, ketika sambutan hari lahir anak pertamanya iaitu Ayden Adrean pada 9 Julai lalu, doktor memaklumkan pintu rahimnya sudah terbuka 2 sentimeter tetapi Bella pada ketika itu tidak menunjukkan sebarang tanda untuk melahirkan.

Namun, pada tanggal 18 Julai 2020, Bella telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan. Menceritakan kisah itu, Bella memaklumkan dia telah sampai di hospital pada jam 3:30 pagi dan baby dilahirkan sekitar jam 6:10 pagi.

Syukur Alhamdulillah, Bella dah selamat Bersalin. Thank you so much kepada yang sentiasa mendoakan Bella . Yayy, it’s our first wefieee

Sampai Hospital tadi 3.30am, my baby princess keluar jam 6.10am, Alhamdulillah (abang dulu 1 jam setengah, adik ni 2 jam setengah).

Sementara itu, Bella turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakannya.

Tahniah Bella!

Sumber: Bella Astillah

SKIP THIS AD ×