Semalam tularnya hantaran memaparkan pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz yang menyertai tabligh bersama beberapa orang jemaah.
Susulan itu, OhBulan! mendapatkan respon daripada bekas isterinya yang juga merupakan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Buat Trend TikTok Guna Lagu ‘Steal My Girl’, Netizen Syak Bella Astillah Dalam Kereta Muaz Zabir – ‘Kuku & Cincin Sama’
Artikel berkaitan: Bella Astillah Tunai Umrah, Mohon Maaf Kepada Semua – ‘Semoga Ibadah Ini Terlaksana Dengan Baik & Diterima Allah SWT’
Saya tidak tahu
Menurut Bella, dia tidak tahu mengenai hantaran tular yang melibatkan bekas suaminya itu.
Saya tidak tahu mengenai hantaran yang tular di TikTok sebagaimana yang diperkatakan. Kalau boleh, saya tidak mahu komen lebih lanjut.
Sebab, itu adalah perjalanan hidupnya. Lagipun kita tak tahu apa niat sebenar seseorang itu. Kalau betul, Alhamdulillah.
Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Jiwa Malaysia 2024 yang diadakan di Pavillion Bukit Jalil pada petang Khamis.
Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah turut mendoakan segala urusan Aliff dipermudahkan sekiranya benar berniat mahu berubah.
Dan sekiranya dia mahu berubah ke arah yang lebih baik pun, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik saja.
Terdahulu, tular potongan video di TikTok yang dikongsikan oleh Ustaz Haji Taufik memaparkan Aliff berada di salah sebuah masjid di Singapura sambil mengenakan serban putih.
Menerusi perlongsian itu juga, Ustaz Haji Taufik turut meninggalkan pesan agar orang ramai tidak mudah meletakkan hukum sesama manusia.
Untuk rekod, Aliff pernah mengikuti jemaah tabligh sekitar Ogos 2021.