Kemelut rumah tangga melibatkan pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz dilihat masih berpanjangan apabila penyanyi itu enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Nekad Failkan Cerai Pada Aliff Aziz – ‘Peluang Demi Peluang Sudah Diberikan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Mengaku Sudah Tiada Perasaan, Nak Bercerai Sebelum Ditangkap Khalwat – ‘Aliff Kata Allah Bagi Perasaan Itu’
‘Saya sebenarnya sudah penat sangat’
Ketika ditemui OhBulan, peguam yang mewakili Bella iaitu Azmi Mohd. Rais memaklumkan Aliff selalu defendan enggan melafazkan cerai kerana dirinya memerlukan lebih banyak masa untuk berfikir.
Hari ini merupakan tarikh sebutan kedua dan defendan Aliff telah hadir bersama peguamnya untuk menyatakan pendirian sama ada ingin bercerai atau tidak namun ternyata defendan tidak bersetuju.
Kami telah memohon mahkamah untuk menasihati defendan mempertimbangkan keputusannya selepas mengambil kira perbalahan dan peristiwa yang berlaku sekitar seminggu lalu.
Hakim kemudiannya telah menasihati Alif Aziz untuk memikirkan semula keputusannya namun dia teguh dengan keputusannya untuk tidak menceraikan Bella kerana dia kata perlukan masa.
Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah memaklumkam dirinya begitu terkejut dengan keputusan dibuat Aliff.
Saya sebenarnya sudah penat sangat dan memang tak sangka dengan keputusan hari ini. Selebihnya saya tidak mahu sebab saya dah banyak jawab semalam.
Saya tak sangka dan ingat semuanya akan selesai hari ini. Siapa tak sayangkan rumah tangga, tiada siapa yang berkahwin nak bercerai berai.
Menurut Bella, tiada siapa yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian namun, dia sudah penat untuk mempertahankan perkahwinannya.
Ini kali kedua saya datang mahkamah, ingat saya suka ke naik turun mahkamah? Perceraian adalah perkara yg paling saya takutkan sebab itu saya pertahankan bertahun-tahun.
Tetapi saya rasa sudah cukup untuk saya pertahankan semua ini.
Sekadar info, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.
Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminha itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.
Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.
Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.