Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi berita gembira mengenai keberangkatannya ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan umrah.
Bella Astillah tunai umrah
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berharap agar urusan umrahnya dipermudahkan selain meminta doa orang ramai.
Bella akan berangkat ke Tanah Suci Mekkah bagi menunaikan ibadah umrah insha-Allah.
Mohon doanya agar ibadah ini dapat terlaksana dengan baik dan diterima oleh Allah SWT. Semoga semua yang membaca ini juga beroleh rezeki untuk mengerjakan ibadah umrah kelak. InshaAllah.
Dalam kesempatan itu, Bella emohon maaf kepada semua individu yang mengenali dirinya.
Saya mohon maaf seikhlas hati dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua seandainya ada kesalahan baik disengaja mahupun tidak disengaja.
Sekadar info, Bella mendirikan rumah tangga dengan Aliff Aziz pada 9 September 2016.
Bagaimanapun pasangan itu akhirnya bercerai buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 13 Jun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, serta Ara Adreanna, 4.
Sumber: Instagram Bella Astillah