Pempengaruh media sosial iaitu Bella Park menyifatkan usahawan sensasi, Andika Putera seorang individu yang sangat beradab dan menghormati orang lain.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Old Money Malaysia Kenakan Yuran Keahlian RM249, Netizen Ragu ‘Ganjaran’ Lumayan Andika Putera – ‘Dah Agak Komuniti Create Untuk Bisnes Dia’
Artikel Berkaitan: Andika Putera Ajak Netizen Cari Guru Untuk Bimbing Rohani, Empat Tahun Di Jalan Mengenal Allah – ‘Perjalanan Yang Banyak Duri Tapi Indah’
Bella Park puji Andika Putera
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story), Bella mengakui tanggapannya terhadap Andika berubah selepas pertama kali bertemu dengan pengasas kumpulan Old Money Malaysia itu.
Menurut Bella, Andika sangat berbeza seperti apa yang diperkatakan di media sosial selain menyifatkan lelaki itu seorang yang peramah dan beradab.
Berubah persepsi Bella dekat Andika ni bila jumpa depan-depan. Dia orang yang sangat beradab lepas tu ramah dan tak sombong. Semua orang da tegur tak kira staf pun.
Kami pergi pejabat dia sebab guna pejabat dia untuk live baru ni. Dia baik, tu yang tak sangka sebab tengok dekat media sosial je.
Tambah Bella lagi, bukan hanya dirinya yang menyedari tetapi staf yang lain juga turut memuji sikap dan kebaikan yang dimiliki Andika.
Malah Bella berpendapat Andika tidak seperti segelintir individu yang hanya ‘berlakon’ di depan kamera tetapi realiti adalah sebaliknya.
Bab yang benda lain tu tak sokong lah (isu curang) tapi adab tu memang A. Semua staff dan orang yang ada masa tu puji dia.
Tak macam sesetengah orang kan, berlagak acah terpaling tapi depan kamera lain.
Perkongsian Bella Park
Sumber: Instagram Bella Park