Pasti ramai yang tidak sabar menanti Gegar Vaganza 2017 yang bakal menjelma tidak lama lagi kan? Peserta yang dipertandingkan kali ini semuanya hebat-hebat belaka antaranya Elyana, Ferhad, Aishah, Firman, Hazami dan ramai lagi.
Dato’ Seri Vida di instagramnya malam tadi meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana tidak diberi peluang bercakap selaku penaja utama program. Dah taja berjuta-juta tak diberi peluang promote langsung?
Punyalah gigih saya beli segala
Dushh
Punyalah gigih saya beli segala
Jahit baju khas
Bag sgalo
Untuk pakai cantik hari ni
.
.
Tapi sbutir pun tak sebut nama saya.. sebagai MAIN SPONSOR.. berjuta
Takpela saya tak cakap banyak pun.
Tak bagi peluangpun saya cakap.
Bukan Ketagih nak cakap.
Tapi saya perlu cakap..
Demi produk yg saya dagangkan..
Pamoga Qu Puteh?
Salah ke?
.
.
Skurangnya sikit jerr
Huhh. Sakit hati
Belum apa-apa dah buat hal
Sudah susah payah melaram, Vida hampa kerana tidak diberi peluang langsung untuknya mempromosikan produk. Beliau kelihatannya sangat kecewa sehingga hampir menangis.
Tak panggil saya cakap sepatah pun. Saya tak puas hati, pengajur lain yang saya taja pun bagi bercakap mengenai produk sendiri
Satu nama pun tak sebut. Saya taulah sidang media. Ini bukan publisiti murahan tetapi betul.
Saya dah tunggu, belum apa-apa dah buat hal. Takut saya naik buang masa peserta ke
Namun, Astro ketika dihubungi Harian Metro enggan memberi komen mengenai kenyataan Vida itu.
Sumber : Harian Metro, Dato’ Seri Vida