berita

Belum Apa-Apa Dah Sah…..

January 4th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Mungkin terlalu gugup bercampur teruja, seorang pengantin lelaki dengan yakinnya menjawab sah sebaik sahaja diminta melafazkan akad nikah!

Video yang dikongsi seorang jurusolek ErinLeolaMakeUpArtist, di akaun Instagram miliknya itu menerima pelbagai respon daripada pengikutnya sebelum viral di beberapa platform media sosial yang lain.

Nervous sangat ni!

Menerusi video yang berdurasi kurang satu minit itu, menonjolkan seorang pengantin lelaki yang spontan menjawab sah semasa proses akad nikah dilakukan oleh bapa pengantin perempuan.

Saya nikahkan kamu dengan puteri saya Azlia Asmira binti Rusli dengan mas kahwinnya RM80 tunai…Sah!

Apa yang lebih melucukan apabila tetamu yang hadir turut tergelak dengan lafaz akad yang dilafazkan oleh pengantin lelaki. Lazimnya, pengantin lelaki itu perlu melafazkan semula akad yang disebut oleh Tok Kadi mahupun bapa kepada pengantin perempuan.

Tidak berakhir di situ, Tok Kadi yang berada di tepi bapa pengantin sempat memberikan ‘peringatan’ mesra majlis tersebut hanya boleh dilangsungkan pada hari tersebut sahaja. Difahamkan pasangan tersebut selamat mendirikan rumah tangga pada dua hari yang lepas.

Laju dia nak sah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat ‘telatah’ pengantin lelaki itu. Ada yang beranggapan pengantin lelaki itu terlampau gemuruh dan mahu selesaikan upacara akad nikah itu dengan secepat mungkin.

Sumber: ErinLeolaMakeUpArtist

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×