berita

Belum Lahir Tapi Dah Ada Lakaran Wajah Anak Che Ta & Zain Saidin. Cantik Rupanya!

August 29th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

1249

Untunglah jadi Rozita Che Wan kan? Apa sahaja cerita pasal dirinya dan suami kesayangan, Zain Saidin pasti akan mendapat perhatian ramai.

Mana taknya, bila sahaja Che Ta mengumumkan bahawa dia sudah disahkan mengandung, setiap perkembangan dia dan bayinya bagaikan dipantau oleh para peminat. Pendek kata A sampai Z semua peminat nak tahu.

Ha.. yang ni lagi best. Bila kami mula-mula lihat gambar ni, kami jadi speechless. Terlebih concern para peminat sehinggakan ada yang melakar wajah anak yang dikandung oleh Che Ta dengan menggabungkan wajah pasangan itu.

anak rozita che wan

Che Ta tambah Zain Saidin= Si cantik (kredit foto: forum cari)

Jangan ada yang buthurt pula ya? Ini hanyalah sekadar lakaran wajah anak Che Ta dan Zain Saidin bila sudah dewasa nanti. Jangan pula ada yang percaya bulat-bulat.

Apapun, kami percaya bahawa bayi pasangan kontroversi ini akan dikurniakan wajah yang comel. Tengok jelah wajah ibu dan ayahnya kan? Memang dapat anak muka mix lah jawabnya!

Jadinya, baik kita doakan agar Che Ta dapat melahirkan bayi tersebut dengan mudah dan berjalan lancar daripada dok fikir bukan-bukan. Betul tak?

Kredit foto: Instagram Rozaita Che Wan

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×