berita

Belum Mahu Anak, Jericho Rosales Ingin Berbulan Madu Sepuasnya

May 20th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Kusinero Cinta-67

Siapa di sini yang masih ingat dan pernah mengikuti drama Filipina, Pengako Sayo? Drama tersebut dianggap mencetus fenomena pada zaman tersebut dek kerana babak-babak romantis yang dilakonkan oleh jejaka kacak ini.

Walaupun drama tersebut sudah lama ditayangkan, nama Jericho Rosales masih lagi meniti di bibir peminat, lebih-lebih lagi di kalangan pengikut setia siri telenovela.

Bergelar suami kepada pengacara terkemuka Filipina, Kim Jones, jejaka berusia 34 tahun ini memberitahu bahawa dia dan isteri sudah sepakat untuk menimang cahaya mata dalam dua tahun lagi.

Kusinero Cinta-70Jericho Rosales dan Kim Jones mahu bulan madu ke Eropah

“Kami mahu berbulan madu sebanyak mungkin sebelum mempunyai anak. Untuk sesi pertama, kami mahu ke beberapa negara Eropah pada bulan Ogos nanti.

Jika sudah ada anak, agak sukar untuk kami berbulan madu. Lagipun, buat masa ini masing-masing sibuk dengan kerjaya. Bagaimanapun, kami masih mempunyai waktu untuk menikmati kehidupan sebagai suami isteri.”

Ditanya adakah dia tidak takut populariti yang dimilikinya jatuh dek kerana sudah berumah tangga, Jericho memberitahu bahawa dia percaya bahawa para peminat tetap akan menyokong kariernya.

Kusinero Cinta-45

Jericho Rosales bakal beraksi dalam ‘Kusinero Cinta’

Beralih kepada soal karier, Jericho akan muncul dalam drama terbarunya di Malaysia berjudul ‘Kusinero Cinta‘ dan bakal bergandingan Tiz Zaqyah dan Aaron Aziz.

Dalam drama ini, Jericho bakal membawakan watak Fredo, seorang anak muda yang mengejar cita-cita untuk menjadi chef terkenal.

Menarik bukan? Jadi jangan lupa untuk tonton drama 60 episod ini bermula pada 26 Mei depan setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam di Mustika HD (saluran 134).

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×