Belum reda selepas disabitkan dengan kesalahan merogol, nama pendakwah selebriti iaitu Da’i Syed dilihat semakin ‘panas’ apabila tular pula dakwaan dirinya cuba mengganggu seorang wanita yang berstatus isteri orang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Semula Pesanan Da’i Syed Kepada Mangsa R*gol Alami Kemurungan – ‘Hadapi Hidup Ini Dengan Tenang, Kita Tak Tahu Masuk Syurga Atau Neraka’
Ketika Hana sedang hamil?
Menerusi perkongsian yang dibuat di aplikasi Threads, seorang wanita memuat naik hantaran mesej (DM) yang didakwa dihantar Da’i Syed menerusi aplikasi Instagram (IG).
Lebih parah, pemilik nama Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful itu didakwa mengganggu dan mengajak wanita itu berbual sewaktu isterinya, Hana Ismail sedang sarat mengandung.
Dia tahu bahawa saya sudah berkahwin serta mempunyai anak dan lebih teruk, isteri dia pun sedang hamil pada ketika itu.
Tapi dia tetap mengganggu saya dengan ayat, ‘Jom call’, ‘Nak call’ (untuk makluman saya tak pernah menjawab panggilan telefon dia).
Siap ajak pergi Dubai?
Tambah wanita itu, dia menyangka Da’i Syed menghubunginya kerana mahu mendapatkan nasihat guaman namun mula berasa sangsi selepas bapa kepada seorang anak itu mempelawanya untuk ke luar negara.
Mula-mula saya fikir mungkin dia nak minta nasihat undang-undang saja tetapi mula pelik bila dia mula bertanya fasal nak ikut ke Dubai.
Waktu itu, saya rasa sangat mencurigakan.
Saya pula jenis yang bersangka baik tapi bukannya bodoh. Bahkan memahami maksud yang tersirat atau petujuk.
Di akhir hantaran, wanita berkenaan meluahkan rasa simpati dan kasihan terhadap Hana serta anaknya yang baru lahir atas nasib yang menimpa mereka.
Walau bagaimanapun, pada pengamatan OhBulan!, wanita tersebut dilihat sudah pun memadam hantaran yang dibuat itu selepas mendapat perhatian ramai.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan ke atas Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Sumber: Threads