Pelakon Keith Foo belum bersedia untuk mencari teman pengganti selepas bercerai dengan bekas isterinya yang juga model, Kim Raymond.
Artikel Berkaitan: ’Penerbit & Pengarah Maafkan Ben Amir Walaupun Alami Kerugian RM600k – ‘Kalau Ada Jodoh, Kita Akan Bekerja Kembali’
Tak ‘reject’ sesiapa
Ketika ditemui OhBulan!, Keith menyatakan dia ingin memberi tumpuan sepenuhnya untuk membesarkan anaknya, Skylar Raymond Foo yang kini berusia lima tahun.
Selain itu, Keith, 39, berkata fokus dia sekarang adalah karier lakonan selepas dua tahun berehat susulan negara dilanda pandemik Covid-19.
Ramai cakap kenapa saya tak cari teman wanita? Usia pun dah makin lanjut. Bagi saya, anak saya adalah keutamaan. Kalau nak cari pendamping, saya rasa belum masa yang sesuai.
Mungkin saya juga belum bertemu dengan jodoh. Buat masa sekarang, saya bukan reject atau tak nak keluar dengan siapa-siapa.
Cuma saya nak fokus lebih kepada karier seni yang baru saja rancak bermula.
Keith berkata demikian ketika majlis pelancaran drama Demi yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota, pada Isnin.
Kalau ada jodoh..
Dalam pada itu, pemilik nama Foo Chuan Chin tidak menolak sekiranya sudah tiba masa untuk dia bertemu dengan teman baharu.
Saya nak fokus dengan perjalanan karier selain nombor satu semestinya adalah anak. Kalau ada jodoh, okey la.
Kalau anda ada sesiapa yang nak diperkenalkan, okey saja (ketawa).
Keith mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak pada 30 Mei 2017.
Bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila pasangan itu sah bercerai pada Disember 2019.
Dalam perkembangan lain, Keith bakal muncul dalam drama Demi yang pernah mencetuskan kontroversi apabila produksi drama mendakwa aktor Ben Amir mementingkan diri selepas pulang ke Malaysia bersendirian meninggalkan semua kru produksi dan pelakon yang sedang menjalani penggambaran di Scotland pada 27 Mac 2020.
Selain Keith, drama Demi yang diadaptasi daripada novel itu dibintangi oleh Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Ika Nabela, Riz Amin, Tania Hudson, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.
Demi menceritakan kehidupan pahit seorang isteri bernama Suraya. Selepas berkahwin dengan Fairul, seorang lelaki kacukan Melayu-Scottish yang bekerja sebagai doktor, kebahagiaan tidak seindah yang diimpikan.
Ketika mereka berhijrah menetap di luar negara, Fairul bukan sahaja bermain kayu tiga sebaliknya memilih menjadi murtad malah melarang Suraya mendidik anak untuk berpegangke jalan agama yang sebenar.
Sumber: Instagram @keithfoo