Penerbit drama, Datin Mahfuzah Zakiah Abdain memberitahu dia enggan menyenaraihitamkan pelakon, Ben Amir meskipun hero tampan itu pernah berdepan krisis melibatkan saman melanggar kontrak.
Artikel berkaitan: Ben Amir Tak Pernah Lari Daripada Tanggungjawab, Sedia Bekerjasama Semula Dengan Pihak Elisa Vision
Artikel berkaitan: Akibat Langgar Kontrak Berlakon Drama, Ben Amir Diperintah Bayar RM100k – ‘Semua Dah Selesai’
Terbuka untuk bekerjasama
Menurut Mahfuzah, ketegangan antara mereka sudah selesai dan pihaknya terbuka untuk bekerjasama dengan Ben Amir.
Biasalah adakalanya kita akan tergelincir sedikit, kita tak tahu. Ben orangnya baik, kita tak ban. Hal yang lepas sudah berlalu dan saya sudah maafkannya. Tiada isu antara saya dan dia.
Tambah Mahfuzah, biarpun berdepan kerugian lebih RM600 ribu akibat pandemik dan beberapa isu berkaitan sepanjang penggambaran, beliau tetap berpuas hati dengan hasilnya.
Kerugian saya lebih kurang RM600 ribu, tapi saya berpuas hati. Dengan apa yang berlaku, dengan ada kes mahkamah yang sudah diselesaikan cara baik saya sudah memaafkan. Banyak pengajaran yang saya perolehi sepanjang proses penerbitan drama ini walaupun dua tahun sudah berlalu. Semangat persahabatan! Dalam industri kita, tak kira apa juga status untuk memperoleh semangat setiakawan itu bukan mudah.
Manusia tak sempurna
Ujar pengarah drama, Rahila Ali pula, dia terbuka bekerjasama dengan Ben Amir sekiranya mempunyai peluang lagi.
Apa yang dah berlaku sudahpun berlaku, kita manusia dan tak sempurna. Mungkin ada tergelincir. Kalau ada jodoh, kita akan bekerja kembali.
Pada 27 Mac 2020, pihak produksi mendakwa pelakon Ben Amir pulang ke Malaysia secara sendirian meninggalkan semua kru produksi dan pelakon yang sedang menjalankan penggambaran di Scotland. Tindakan tersebut dianggap sangat tidak bertanggungjawab dan dianggap mementingkan diri.
Selain itu, dikatakan pelakon tersebut juga enggan menyiapkan baki penggambaran drama tersebut di Malaysia, sekali gus tempatnya digantikan dengan pelakon lain serta penggambaran semula harus dijalankan oleh pihak produksi. Susulan daripada itu, Ben Amir diperintah membayar RM 100,000 sebagai ganti rugi kepada syarikat produksi Elisa Vision Sdn Bhd.