berita

Belum Sempat Mula Kerja Dah Kena ‘Buang’ Sebab PKP, Netizen Kongsi Pengalaman Sama

January 13th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat disangkal lagi, penularan wabak Covid-19 di Malaysia sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kehidupan rakyat lebih-lebih lagi selepas kerajaan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ekoran daripada pelaksanaan PKP, ramai dalam kalangan rakyat telah kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.

Begitulah juga yang dialami oleh individu ini apabila dia telah diberhentikan kerja kerana PKP.

Belum masuk kerja dah kena buang

Menurut perkongsian Thecakelapiz (Rais) di Twitter, dia baru sahaja diterima bekerja tetapi telah ‘diberhentikan’ walaupun belum sempat melakukan apa-apa pekerjaan. Difahamkan, individu ini baru sahaja menamatkan pembelajarannya di peringkat Diploma tetapi siapa sangka impian untuk memiliki pekerjaan tidak dapat dicapai buat masa sekarang kerana pelaksanaan PKP.

Netizen kongsi pengalaman

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengalami nasib yang sama. Malah tidak kurang juga ada yang terpaksa ‘menutup’ perniagaan mereka sepanjang PKP.

Semua benda tergendala

‘Aku pun sama’

Sementara itu, ada syarikat tidak dapat beroperasi seperti biasa dan pihak pengurusan terpaksa membatalkan pengambilan pekerja baru. Malah sepanjang waktu genting ini, ada yang terpaksa memberhentikan pekerja yang sedia ada semata-mata untuk mengurangkan kos.

Sumber: Thecakelapiz (Rais)

SKIP THIS AD ×