Penyanyi rap, Ben Ladin ‘meletup’ selepas mendakwa tidak tahan dengan penipuan yang dilakukan kedua ibu bapanya sendiri.

Artikel Berkaitan: Ben Ladin Akhirnya ‘Buka Mulut’ Pasal Perkahwinan, Pilih Untuk Rahsia Sampai Dah Sah Jadi Suami Isteri

Menipu demi kepentingan sendiri

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Ben atau nama sebenarnya Muhammad Benladen Munshi Shaihan mendakwa kedua ibu bapanya itu telah memperdaya ramai orang untuk mendapatkan duit dengan menggunakan namanya.

Lebih parah, ada pihak yang mendakwa bapa Ben lari dari membayar hutang lebih RM100,000.

Selama ini dia ‘snap’ kad pengenalan aku dan tiru tandatangan aku untuk kesenangan hidup diaorang berdua.

Kes akak ini lagi dahsyat dia kena (tipu) lebih dari RM100,000.

Mula-mula Ben ragu-ragu sebab jumlah dia besar tetapi akak ini bagi semua ‘detail’ untuk bagi Ben faham.

Mangsa dia bukan seorang dua tapi sangat banyak termasuk ‘foreigner’ dan salah satu mangsanya adalah ibu bapa mereka sendiri (atok dan nenek Ben).

Minta bapa serah diri

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Hikayat Benladin’ dilihat memuat naik satu hantaran yang mendakwa bapanya telah menipu wang orang ramai.

Menerusi perkongsian itu, Ben meminta bapanya untuk menyerah diri dan mengganti semula wang yang telah ditipunya.

Di akhir hantaran, Ben turut meluahkan rasa penat dan memohon maaf kerana tidak dapat membayar ganti rugi kepada semua mangsa kerana jumlahnya terlalu besar.

Saya minta maaf sebab tak ada cara lain saya boleh bantu sebab jumlah yang dikumpul semua sangat besar.

Nak ‘backup’ tak boleh walaupun dia adalah mak ayah sebab salah tetap salah.

Ramai dah buat laporan polis jadi saya harap tindakan diambil.

Sumber: IGs Ben Ladin