Sebelum ini, ada spekulasi yang mengandaikan bahawa penyanyi dan pelakon kecil molek, Ayda Jebat sedang menyulam cinta bersama pengacara, Nabil Mahir kerana sering memuatnaik foto bersama di laman Instagram. Walau bagaimanapun, mereka berdua menafikan khabar angin tersebut.
Terbaru, segala persoalan dan teka-teki mengenai hubungan percintaan pasangan ini akhirnya terjawab selepas Nabil Mahir membuka mulut mengakui sedang menjalin cinta dengan Ayda Jebat.
Sudah jumpa ahli keluarga
Menerusi Berita Harian, Nabil dan Ayda dikatakan sudah lama mengenali antara satu sama lain tetapi hanya mula rapat sejak beberapa bulan yang lalu. Menurut Nabil, perasaan indah yang terbit dalam hati mereka berdua ini sudah pastinya lebih daripada seorang kawan.
Benar, kami menjalinkan hubungan cinta… Cuma kurang pasti tarikh cinta kami mula berputik. Disebabkan sudah dewasa, kami bercinta apabila masing-masing selesa.
Tambahnya lagi, walaupun mereka kini dalam proses mengenal hati budi masing-masing tetapi perhubungan mereka ini bukanlah satu rahsia kepada keluarga. Menurutnya hubungan mereka ini sudah pun diketahui oleh keluarga masing-masing bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham pada masa akan datang.
Ahli keluarga kami sudah berjumpa. Ini bagi mengelak timbul sebarang masalah pada masa hadapan. Lebih mudah, sekiranya mereka selesa berjumpa dan bergaul.
Hubungan masih baru
https://www.instagram.com/p/B5IAl_Ynn3g/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Menceritakan kisah itu, Nabil turut menjelaskan bahawa dia sudah bersedia menamatkan zaman bujangnya memandangkan kini usianya sudah menjangkau 31 tahun.
Bagaimanapun, kami tidak mahu terburu-buru untuk membawa hubungan cinta dijalin ini ke fasa seterusnya.
Perancangan itu tetap ada dan tipulah kalau kami kata tak pernah bincang langsung mengenainya (ke arah perkahwinan).
Tambahnya lagi, mereka tidak mahu terburu-buru kerana hubungan ini masih baru dan mereka perlu mengenali satu sama lain dengan lebih jauh lagi. Sementara itu, pasangan ini turut memohon kepada para peminat untuk terus mendoakan yang terbaik buat hubungan mereka.
Sumber: Berita Harian, Harian Metro, Nabil Mahir