berita

‘Benda Kecil Pun Nak Dibesarkan, Sis Tak Boleh Hentam Saya Suka Hati Macam Ni..’

January 22nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Free Malaysia Today

Pembelian atas talian dilihat semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia terutamanya bagi generasi muda. Hal ini kerana, ianya adalah lebih mudah dan menjimatkan masa. Peningkatan jumlah pelanggan sedikit sebanyak memberi ‘tekanan’ kepada si penjual lebih-lebih lagi apabila mereka terpaksa melayan pelbagai kerenah para pembeli.

Begitulah yang dialami oleh seorang penjual di aplikasi Shopee apabila dia ‘dipertemukan’ dengan seorang pelanggan yang didakwa ‘bermasalah’.

Pelanggan bagi rating rendah

 

Pengalaman buruk itu dikongsikan oleh seorang wanita, Farzana di laman Twitternya. Dalam perkongsian tersebut, dia meluahkan rasa kurang senang dengan sikap seorang pelanggannya yang didakwa telah memberi rating akaun Shopee dengan nilai yang sangat rendah.

‘Jadi masalah ke kalau bagi 2 star?’

Tambah wanita ini lagi, apabila ditanya mengapa dia berbuat demikian, pelanggan berkenaan menjawab baju yang diterimanya itu tidak ada sebarang masalah.

Tetapi disebabkan itu adalah baju bundle maka dia membuat keputusan untuk memberi rating yang rendah. Malah, pelanggan ini juga dipercayai sempat mempersoalkan adakah tindakannya itu adalah satu kesalahan sedangkan dia tidak memberi apa-apa komen buruk.

Pengalaman sama

Menjengah ke ruangan komen, ada dalam kalangan netizen dan penjual lain turut berkongsi pengalaman sama apabila berdepan dengan pelanggan yang boleh dikatakan agak ‘bermasalah’.

‘Tersilap tengok saiz’

Selain itu, ada juga pelanggan yang mendakwa terpaksa memberi rating ‘satu’ kerana salah memilih saiz barangan. Jika berfikir secara logik, ianya merupakan masalah yang datangnya dari pelanggan itu sendiri tetapi mereka sebaliknya dikatakan bertindak menuding jari menyalahkan penjual.

‘Sangat menganiaya seller’

Sumber: Beruangkutubz (Farzana)

SKIP THIS AD ×