berita

‘Benda Ni Dah Lepas’ – Kisah Lalu Diungkit, Safawi Rasid Berang Digelar ‘Kaki Perempuan’

March 7th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mendapat teguran daripada Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, selepas prestasi perlawanan yang semakin merudum. TMJ turut menegur kekasih, Syifa Melvin yang dikatakan memberi tekanan kepada Safawi sehingga hilang fokus.

Isu ini telah mendapat perhatian ramai sehingga ada yang menggelarkan Safawi seorang ‘kaki perempuan’ kerana pernah dikaitkan dengan ramai wanita.

Jangan nak kaitkan benda ni lagi

Berang dengan kenyataan yang dikeluarkan netizen sehingga menjadi topik utama beberapa portal, Safawi Rasid luah rasa kesal. Menerusi Instastory, Safawi memohon media supaya tidak lagi mengaitkan perkara ini dengannya.

Assalamualaikum. Hai media, jangan nak kaitkan benda ini lagi. Benda ni dah lepas. Kau nak laku kau punya akhbar macam-macam kau throwback! Kau kena jaga perasaan semua orang! Jangan nak up kau punya page!

‘Bunga keliling pinggang’?

Difahamkan, perkara ini mula menjadi buah mulut orang ramai selepas individu memuatnaik status tidak benar mengenainya. Bersama status tersebut, turut disertakan selfie penyerang JDT ini bersama beberapa orang gadis. Walaubagaimanapun, ada sesetengah  yang mempertahankan Safawi dengan mengatakan gambar tersebut adalah gambar lama dan tidak perlu diperbesarkan lagi.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×