berita

‘Benda Yang Baik Kena Cepatkan’ – Kahwin Selepas Seminggu Tunang, Ini Respon Tasha Shilla

February 29th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pasangan mempelai Tasha Shilla dan Atiq Idris sah bergelar pasangan suami isteri pada 28 Februari 2020 dengan majlis bertemakan Melayu Tradisional yang telah diadakan di The Great Hall, Zebra Square.

Baru dua bulan mengenali hati budi dan seminggu sahaja tempoh ikatan pertunangan, pasangan ini terus membuat keputusan untuk menghalalkan ikatan.

Masuk dengan langkah kanan

Suami Tasha Shilla iaitu Atiq Idris juga berkongsi saat-saat pertemuan antara mereka berdua di sebuah acara amal yang telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Atiq seorang yang jarang tengok TV. Tapi pertama sekali yang paling penting sebelum Atiq jumpa Tasha, Atiq solat Maghrib dulu. The first dinner tu Atiq masuk dengan langkah kanan, dan Atiq doa dulu dan cakap ‘kalau ini yang terbaik, biarlah sampai ke hari ini, Alhamdulillah…’

Bagaimanapun, Tasha turut menjawab mengenai keputusannya untuk segera melangsungkan pernikahan setelah seminggu menjalin ikatan pertunangan.

Benda yang baik kena cepatkan. Kita tengah mempercepatkan, kita kena halalkan hubungan sebab kami berdua sudah melalui pengalaman hidup sendiri, kita pun dah tahu apa yang kita nak dan nak fokus kepada karier selepas ini, fokus pada masa mendatang dan kebahagiaan yang kita ada. Berdua itu lebih baik.

Dia seorang yang manja

Tasha Shilla mengakui jatuh hati kepada Atiq Idris kerana bicaranya dan sifat keperibadian yang dilihat manja sehingga Tasha dibuai oleh cinta setiap hari.

Bukan setakat ayat bicara saja, banyak lagi. Banyak sangat perkara yang ada pada Atiq sehingga Tasha jatuh cinta kepadanya. Bukan jatuh cinta, tapi buat Tasha di dalam cintanya.

Dia manja. Dia selalu buat Tasha tertawa, tergelak dan tersenyum. Happylah…

Bagaimanapun, Tasha turut berkongsi pesanan mak mentua untuk selalu ikut suaminya sekiranya Atiq ke luar negara bagi melakukan sebarang pekerjaan.

Temubual penuh

Kami di OHBULAN! mengucapkan tahniah buat pasangan sama cantik sama padan ini. Semoga ikatan tersebut akan berpanjangan dan sentiasa dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Amin.

SKIP THIS AD ×