berita

[FOTO] Angkat Nilai Warisan Melayu, Sekitar Resepsi Perkahwinan Tasha Shilla & Pasangan

February 28th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan. Begitulah keserasian pasangan Tasha Shilla dan suami iaitu Muhammad Atiq Idris. Pasangan ini telah bernikah pada 28 Februari 2020 di Masjid Wilayah Kuala Lumpur dan majlis dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja.

Manakala, majlis resepsi belah pihak lelaki yang berlangsung di The Great Hall bertemakan Melayu Tradisional sungguh meriah. Tahniah Tasha Shilla dan suami!

Penuh adat

Jelita persis puteri

Bagai pinang dibelah dua

Majlis persandingan pasangan mempelai ini telah diserikan lagi dengan persembahan silat dan tari tradisional. Turut sama kelihatan kehadiran rakan artis bagi memeriahkan acara pada malam penuh bermakna buat pasangan ini.

Persandingan pada malam ini adalah bagi belah pihak pengantin perempuan manakala majlis resepsi pihak lelaki pula akan diadakan pada 8 March 2020.

Bagi anda yang ingin menonton video romantis sekitar majlis pernikahan pasangan ini boleh layari Youtube TV3MALAYSIA channel atau di www.mahligaicinta.my dan ikuti media sosial rasmi Instagram @mahligaicintaTV3.

SKIP THIS AD ×