berita

‘Perpisahan Yang Menyakitkan Adalah Kerana Kematian’ – Siti Hajaar

October 4th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Isteri kepada penyanyi rap terkenal, MK K-Clique iaitu Siti Hajaar meluahkan rasa rindu kepada arwah bapanya yang meninggal dunia pada Ahad lalu.

Artikel Berkaitan: Bapa Siti Hajaar Meninggal Dunia, MK K-Clique Beri Kata-Kata Semangat – ‘Isteriku Yang Kuat’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Arwah Suami Noniswara Pemilik Rumah Agam Mewah Di Kuala Krau, Dijadikan Pusat Tahfiz & Sekolah Agama

Artikel Berkaitan: Bapa Mentua MK K-Clique Meninggal Dunia

Rindukan arwah abah

Menerusi hantaran di TikTok, Siti Hajar memuat naik beberapa keping foto arwah bapanya ketika di hospital dengan meluahkan rasa sedih atas pemergian insan tersayang.

Perpisahan yang paling menyakitkan adalah berpisah kerana kematian, sekuat apapun kamu merindukanya tidak akan pernah kembali.

Hargailah ibu bapa, jaga dia sayang dia. Rindu yang tak akan pernah hilang. Allah saja yang tahu dan mengetahuinya.

Di samping itu, Hajaar juga mendedahkan bapanya telah mendidik keluarga dengan baik dan sempurna malah bersyukur urusan pengebumian bapanya juga di permudahkan.

Alhamdullilah Allah permudahkan segala urusan abah. Anak-anak dan menantu abah semua mandikan abah, mengkafankan abah dan menjadi imam solat untuk abah.

Abah dan mama sangat cukup mendidik kami adik beradik dengan sangat sempurna. 

Di akhir hantarannya itu, Hajaar memohon kepada warga netizen untuk mendoakan arwah bapanya agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dimasukkan ke syurga.

Cuma minta semua doakan abah saya Syeikh Nordin Bin Sheh Ahmad dikalangan orang-orang yang beriman dan syurga buatnya. Kita jumpa di syurga ya abah.

Cinta seseorang anak kepada ayahnya tak akan pernah hilang. Abah sentiasa di dalam doa kami sekeluarga. Love you abah. Al-Fatihah.

Terdahulu, berita kematian Allahyarham Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad dimaklumkan oleh isterinya yang juga pelakon, Datin Seri Noniswara Baharuddin.

Difahamkan, jenazah telah selamat dikebumikan awal pagi Isnin di kampung halamannya yang terletak di Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

Sumber: Siti Hajaar

SKIP THIS AD ×