berita

‘Berak Darah, Ketumbuhan Dalam Usus Besar’ – Pesakit Minta Tangguh Bedah Gara-Gara ‘Ubat Herba’!

August 11th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang pesakit sanggup merisikokan nyawa sendiri apabila menangguh pembedahan gara-gara mahu mencuba rawatan herba. Kecewa dengan pilihan yang dibuat, doktor Aimir Ma’rof memaklumkan tindakan itu menyebabkan sel kanser telah merebak ke organ hati dan kelenjar limpa.

Berak berdarah

Sekadar gambar hiasan

Pesakit datang sebab berak darah. Kolonoskopi nampak ketumbuhan dalam usus besar. Biopsi disahkan kanser, ‘moderately differentiated adenocarcinoma’. CT scan menunjukkan kanser masih di peringkat awal.

Tarikh pembedahan ditetapkan. Rujukan dibuat kepada pakar bius. Semua sudah diatur. Semuanya lancar. Beberapa hari sebelum tarikh pembedahan, panggilan telefon dibuat untuk mengingatkan tarikh kemasukan ke wad.

Tiba-tiba pesakit kata, “Saya tak jadi buat operation la doktor. Saya minta tangguh dulu.”

Dah kenapa?

“Sementara tunggu nak operate ni, saya ada cuba rawatan herba. Ada orang suruh saya ikhtiar. Sekarang Alhamdulillah, saya rasa makin segar. Berak darah saya pun terus berhenti. Memang saya rasa OK sangat dah ni. Jadi, saya minta tangguh dulu operate. Tengok dulu macam mana.”

Dua bulan kemudian, pesakit datang semula kerana dia sendiri rasa ada ketulan di abdomen sebelah kiri. Ulang semula CT scan?

Kanser merebak ke organ hati & kelenjar limpa

Sekadar gambar hiasan

Ketumbuhan usus yang semakin membesar dan kanser yang sudah merebak ke organ hati dan kelenjar limpa!

Mana penjual rawatan herba itu sekarang? Mana mereka-mereka yang tidak sudah meratib perkataan ikhtiar dan apa salahnya mencuba?

“Rasa makin segar”. “Rasa OK”. Ini ke yang dijanjikan kepada pesakit? Ini ke testimoni produk anda?

Sampah!

Saya dah ulang banyak kali. Saya bukan anti rawatan herba atau tradisional. Tapi buatlah sesuatu atas dasar ilmu, bukan membuta tuli mengikut kepercayaan dan kata-kata orang.

Kepada yang berterusan menghasut manusia untuk menjauhi rawatan hospital, celakalah anda. Nyawa manusia, anda buat sebagai permainan. Celakalah hidup anda dunia dan akhirat.

Pesakit tak ada kanser, meratib hari-hari kata nanti dapat kanser kalau makan ubat dan ambil rawatan hospital. Pesakit ada kanser, mendongak langit kata itu sebab bertahun-tahun makan ubat hospital.

Pesakit kanser dipergunakan untuk kekayaan dunia semata-mata. Bila kanser semakin merebak, senyap hilang tanpa berita. Bila pesakit mati? Doktor bodoh salah beri rawatan. Jom kita saman!

Kebabian apakah ini!?

Celakalah anda.
Celakalah anda dan penyokong anda.
Celakalah anda semua!

Sumber : Aimir Ma’rof

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×