berita

Beranak Czer & Hamil Lagi Dalam Tempoh Terdekat, Ini Sebab Pentingnya Berpantang Dengan Betul

June 13th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

ibu beranak czer pantang

Berpantang merupakan satu fasa rawatan untuk mengembalikan kecergasan dan kesihatan tubuh ibu yang telah kehilangan banyak tenaga dan darah semasa melahirkan bayi. Namun, wanita pada zaman moden sekarang ni ramai dah mula memandang remeh isu berpantang ni.

Bila dah terhamil anak seterusnya dalam tempoh terdekat, mulalah murung dan stress. Terutamanya ibu-ibu yang bersalin secara czer ni, luka belum sembuh sepenuhnya dah hamil lagi. Jom baca penerangan lanjut wanita ini tentang pentingnya penjagaan dalam berpantang.

Kesakitan czer belum pulih, rasa tidak selesa pada tempat bedah

Dilema si Ibu Czer.

Saban hari sy didatangai ibu2 yang kemurungan dan tertekan ketika hamil. Dan ada yang PM dan whatsapp dengan masalah yg sama.

Mereka adalah ibu2 yang bersalin czer. Dan mereka ter”hamil”kan anak seterusnya dalam tempoh terdekat; rata2 bawah setahun

Dan yang menambah kepada beban masalah mereka ialah kesakitan czer belum lagi pulih, sudah terasa ketidakselesaan pada tempat dibedah.

Saya bertanya. Dahulu masa lepas bersalin, berpantang elok ke tidak?

Jawapan sama rata.

“Tidak.”

Ada yang lepas bersalin terlalu lasak, makan benda gatal dalam pantang & tak amalkan herba

Ada kes yang selepas bersalin akibat terlalu lasak, luka pembedahan terbuka balik dan perlu dijahit kembali. Lalu sepanjang kehamilan tempat luka berdenyut dan tidak selesa.

Ada kes yang tidak jaga pemakanan ketika berpantang, semua benda gatal dimakan, ketika hamil tempat luka rasa merenyam.

Ada kes yang tak amalkan apa2 herba untuk bantu luka mudah sembuh. Bila akhir kehamilan, doktor detect luka lama sudah merekah dan terpaksa dibedah. Anak keluar tidak cukup bulan lalu sekali lagi tidak mampu berpantang kerana selepas bersalin kena berkampung di NICU.

Pelik bila ada yang ambil ringan penjagaan dan amalan ubatan herba untuk orang selepas bersalin secara pembedahan.

Dan pelik bila ada pihak yang tak pernah beranak dan bersalin beriya2 mengatakan pantang larang ini semua kolot

Sedangkan bila ada komplikasi pada ibu yang tidak berpantang, pihak2 itu juga yang merungut si ibu tidak pandai menjaga diri dan kandungan.

Berpantang sebagai langkah pencegahan untuk elak komplikasi kronik

Kita ni manusia.
Hamba.
Sejauh mana nak merancang pakai implanon, iucd, kondom, etc2, kalau Allah dah berkata Kun Fa Ya Kun…. tetap jadi juga.
Ia diluar bidang kuasa kita sebagai hamba

Tetapi yang pasti.

Berpantang itu masih di dalam juradikasi kita sebagai langkah pencegahan.
Agar kehamilan dan proses bersalin yang akan datang, kurang; atau tiada komplikasi kronik.

Buat ibu2 yang akan bersalin, lebih2 lagi yang tahu anda akan dilapah, do your homework.

Nasib anda utk elak komplikasi ketika bersalin lebih tinggi jika anda jaga diri dan rahim anda sebaik2nya ketika tempoh berpantang.

Ketika sy dibedah kali ke 3, saya ingatkan doktor sy akan ikat peranakan sy. Tetapi beliau sendiri beritahu yang previous scar sy nampak “cantik” dan utuh. Disebabkan itu beliau beri sy peluang utk bersalin lagi 2 kali, secara czer.

Sy tidak pernah memandang remeh amalan berpantang dan perubatan herba selepas bersalin. Saya menjaga diri saya sebaik2nya, agar saya mampu sihat demi anak2 dan suami saya. Kerana sy dah lihat ramai ibu2 yang sakit akibat tidak berpantang, rata2 tiada mood atau terpaksa mengabaikan keluarga kerana tidak selesa dengan tubuh mereka yg sentiasa sakit2.

Dan ramai yang tahu wanita arab ada yang mampu czer sehingga 8 kali. Kerana amalan mereka ketika tempoh berpantang kuat dengan pemakanan sunnah terutamanya habatus sauda, kurma, madu, luban, delima, etc.

Dan melayu tetap melayu.
Satu2nya ubat yang serasi dijadikan ubat buat rahim lepas bersalin ialah rempah ratus dan pucuk2 ulam.

Jaga diri anda.
Demi elakkan komplikasi bersalin dimasa hadapan.

sumber: Siti Aishah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×