Seorang remaja berusia 16 tahun mengaku telah membunuh rakan sekolahnya gara-gara berang cintanya ditolak oleh wanita terbabit.
Artikel Berkaitan: Bakal Mentua Letak Wang Hantaran Tinggi, Lelaki Tamatkan Riwayat Dengan G*ntung Diri – ‘Tolong Cari Lokasi Saya Sayang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Youtuber Didakwa ‘Kaki Spin’, Tak Boleh Terima Cinta Ditolak Liana Beep Beep?
Berang cinta ditolak
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Tribunnews, kejadian yang berlaku di Indonesia itu terbongkar ketika seorang individu yang dikenali dengan nama Zamroni membersihkan kedai kopinya yang sudah hampir sebulan ditutup. Ketika itu, dia terhidu bau yang sangat busuk dan disebabkan itu, dia mula mencari arah datangnya bau tersebut.
Alangkah terkejutnya apabila melihat sekujur tubuh manusia berada di bawah sebuah meja. Susulan daripada itu, dia meminta pertolongan penduduk setempat sebelum tampil membuat laporan polis.
Tidak sampai 24 jam, pihak polis akhirnya berjaya mengenal pasti identiti mangsa. Mangsa merupakan seorang pelajar yang berusia 16 tahun dan hasil siasatan membongkarkan, suspek iaitu rakan sekolah mangsa adalah dalang disebalik pembunuhan itu.
Mangsa adalah rakan suspek dan pembunuhan itu sudah dirancang. Mangsa dijemput dan dibawa ke lokasi kejadian pada 10 Januari lalu.
Hasil soal siasat, suspek mengaku melakukan pembunuhan itu kerana tidak boleh menerima kenyataan bahawa cintanya ditolak oleh mangsa.
Suspek telah memukul mangsa dan menghentakkan kepala mangsa ke tembok. Tidak cukup dengan itu, suspek menjerut leher mangsa menggunakan tudung yang dipakai mangsa sehingga meninggal dunia.
Difahamkan, mayat mangsa hanya ditemui lima hari selepas dibunuh. Sebelum ini, keluarga mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan mangsa.
Sumber: Tribunnews