Foto: Ihsan PDRM
Gara-gara berang cintanya ditolak oleh wanita idaman, seorang pengganggur bertindak membakar tempat wanita itu bekerja iaitu di sebuah kedai telefon bimbit.
Artikel Berkaitan: Cari Isteri Tak Jumpa, Lelaki Mengamuk Bakar Pondok & Pecahkan Cermin Kereta
Artikel Berkaitan: Peminat Tegar Pecah Masuk Studio Selebriti Media Sosial, Rosakkan Barang Kecewa Cinta Tak Berbalas
Suspek menganggu & mengancam
Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri menjelaskan seorang wanita telah membuat aduan bahawa dia telah diganggu suspek pada jam 2.30 petang, semasa bekerja di kedai telefon bimbit di Jalan Besar Langkap, Teluk Intan, Perak.
Berdasarkan aduan, wanita berusia 46 tahun itu turut dicederakan dan diancam keselamatannya.
Suspek seorang lelaki warga tempatan berusia 54 tahun, tiada pekerjaan datang ke kedai dan mengamuk sehingga mencederakan pengadu dan melemparkan kata-kata berunsur lucah.
Suspek turut mengancam keselamatan pengadu dengan mengugut akan membakar pengadu dan tempat kerja pengadu.
Disebabkan terlalu takut, pengadu bergegas ke Balai Polis Langkap untuk membuat laporan.
Kerugian hampir RM100,000
Gambar sekadar hiasan
Ketika laporan dibuat, kedai telefon bimbit yang juga milik adik wanita itu dilaporkan terbakar dan mengalami kerugian besar.
Bomba datang ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran. Anggaran kerugian dialami lebih kurang RM100,000.
Sementara itu, saksi mendakwa bahawa mereka melihat suspek menyimbah petrol lalu membakar kedai tersebut.
Motif kejadian dipercayai berpunca cinta suspek ditolak oleh pengadu. Suspek beberapa bulan kebelakangan ini sering datang ke kedai dalam keadaan mabuk dan cuba memikat pengadu tetapi pengadu menolak dengan cara baik kerana sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.
Susulan itu, lelaki tersebut telah ditangkap serta dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dan sedang mendapatkan rawatan di Wad Hospital Teluk Intan akibat melecur dibahagian muka, tangan dan kaki. Suspek juga direman lima hari untuk sisatan lanjut.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 435/323 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro