berita

Peminat Tegar Pecah Masuk Studio Selebriti Media Sosial, Rosakkan Barang Kecewa Cinta Tak Berbalas

September 2nd, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Studio milik seorang selebriti media sosial, Wan Nur Syaira telah diceroboh masuk oleh seorang lelaki yang didakwa terlalu ‘obses’ dengan gadis jelita tersebut.

Mengaku ‘boyfriend’ & bakal berkahwin

Menerusi satu bebenang perkongsian, Nur Syaira berkata, dia mendapat firasat bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan pejabatnya, lalu menghubungi pihak pengawal.

Selepas pemeriksaan dilakukan pihak pengawal, mereka mendapati seorang lelaki sedang melakukan kerosakan di dalam unitnya.

Saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Saya dapat lihat balkoni saya terbuka, dan lukisan telah dialihkan. Saya telefon pengawal untuk periksa.

Saya dapat panggilan semula bahawa ada seorang lelaki sedang menjerit di dalam unit saya.

Lebih mengerikan lagi, pelaku tersebut sebenarnya merupakan pengikutnya yang pernah meluahkan rasa cinta terhadapnya di media sosial.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga telah melakukan kekecohan di premis lain di kawasan tersebut seperti memesan makanan daripada restoran kemudian tidak membayar.

Selain itu, lelaki itu juga didakwa telah berjalan-jalan di kawasan rumah kedai itu dan mengakui bahawa dia adalah teman lelaki kepada Nur Syaira, dan mereka bakal berkahwin.

Buang air tinggal ‘boxer’

Antara kerosakan yang telah dilakukan adalah kesan hentakan pada lukisan untuk dijual, barangan dalam studio yang dicampak ke bawah sehingga menyebabkan keretakan pada bumbung tempat letak kereta.

Dia telah buang banyak barang ke tempat letak kereta. Banyak benda rosak.

Dia telah buang lukisan saya ke bawah, dan ada lukisan yang dia ‘sedekah’ kepada unit lain dan mendakwa ianya hadiah daripadanya.

Dia bakar langsir saya.

Dia telah buang air besar dan tinggalkan ‘boxer’.

Difahamkan, laporan polis telahpun dibuat dan mereka sedang mengesan keberadaan lelaki tersebut.

Sumber: Twitter Wan Nur Syaira

SKIP THIS AD ×