berita

Berang Dapat Markah Exam Teruk, Murid Siap Tanya Khabar Sebelum Tetak Guru Guna Sabit

September 27th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Guru Ditetak Murid

Hanya kerana tidak berpuas hati kerana mendapat keputusan peperiksaan yang teruk, seorang pelajar di Madrasah Aliyah Yasua Demak, Indonesia sanggup menetak guru kelasnya dengan menggunakan sabit.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Berang Tak Masak Sahur, Suami Tergamak Tetak & Tikam Isteri Berkali-Kali Sehingga Mati

Sempat lari naik motor

Guru Ditetak Murid

Memetik laporan Tribune News, guru yang bernama Fathkur itu dipercayai ditetak oleh muridnya ketika menjadi pengawas peperiksaan bagi pertengahan semester di sekolah berkenaan.

Selepas menetak Fatkhur, pelajar tersebut bertindak membuang bahan bukti yang digunakannya sebelum melarikan diri menggunakan motosikal.

Akibat daripada tetakan itu, Fathkur yang mengalami kecederaan terus dikejarkan ke hospital di Semarang.

Sementara itu, guru besar sekolah berkenaan tampil menjelaskan bahawa suspek yang menunggang motosikal secara tiba-tiba datang dan meluruk masuk ke dalam bilik darjah.

Suspek juga difahamkan sempat bertanyakan khabar kepada gurunya itu sebelum bertindak menetaknya.

Fathkur sedang duduk di meja sambil mengawasi pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan, tiba-tiba suspek datang dan masuk ke dalam kelas.

Suspek sempat bertanya khabar terlebih dahulu sebelum menetak Fathkur.

Dalam pada itu, Ketua Polis Demak iaitu Asisten Komisioner Winardi memaklumkan bahawa motif kejadian itu adalah kerana ketidakpuasan hati suspek terhadap mangsa yang telah memberikan gred rendah bagi keputusan semesternya.

Suspek yang tidak boleh menerima grednya yang buruk bertindak menetak mangsa.

Dan ketika ini, pihaknya masih melakukan usaha untuk memberkas suspek yang melarikan diri.

Sumber: Tribune News

SKIP THIS AD ×