berita

Budak 11 Tahun Maut & Putus Tapak Tangan, Ditetak Rakan Bapa Tiri

September 24th, 2023 | by Alia
Kini Trending

mayat

Gambar sekadar hiasan

Seorang kanak-kanak lelaki maut ditetak rakan bapa tirinya di halaman rumah mereka di perumahan pekerja FELDA Sahabat 30, Lahad Datu pada pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan: Berang WiFi Lambat, Lelaki Tetak Tangan Kawan

Artikel Berkaitan: Cemburu Cakap Telefon Dengan Lelaki Lain, Suami Tetak Isteri Guna Parang

Polis masih mengesan suspek

Memetik laporan BH Online, kanak-kanak lelaki warga asing tersebut ditinggalkan ibu bapanya bersama suspek semasa pasangan itu keluar bekerja di ladang kelapa sawit tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan insiden tersebut berlaku pada jam 7.30 pagi.

Siasatan di tempat kejadian menemui mayat kanak-kanak lelaki dalam keadaan berlumuran darah.

Terdapat kesan tetakan objek tajam dipercayai parang pada belakang kepala, hadapan dan belakang leher serta putus tapak tangan kiri mangsa.

Susulan itu, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat. Walau bagaimanapun, motif pembunuhan masih belum diketahui.

Siasatan mendapati suspek adalah rakan kepada bapa tiri mangsa yang melarikan diri selepas kejadian.

Berikutan itu polis sedang giat mengesan suspek iaitu seorang lelaki warga asing yang dikenali sebagai Paulus Poka Lolo berusia 33 tahun dan bekerja sebagai pekerja am di ladang kelapa sawit berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mati jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, beliau turut meminta kerjasama daripada orang ramai untuk membantu pihak polis mengesan suspek dengan menyalurkan maklumat kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu, Asisten Superintendan Kharuddin Husain di talian 013-9071709 atau ke balai polis berhampiran.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×