berita

Berang Dicurangi, Lelaki Bunuh Isteri, Adik Ipar & Ibu Mentua

September 27th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di New Delhi, India, seorang lelaki telah bertindak ganas apabila membunuh isteri, adik ipar dan ibu mentuanya di kediaman mereka. Lebih ngeri, lelaki yang dikenali sebagai Noor Hasan telah merogol kesemua mayat tersebut.

Syak isteri jalin hubungan sulit

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan TimesNowNews, lelaki berusia 27 tahun itu mula berang selepas mengesyaki isterinya curang dan menjalinkan hubungan sulit bersama lelaki lain. Selain itu, lelaki itu mendakwa adik ipar dan mak mentuanya bersepakat dan menyokong perbuatan isterinya itu.

Susulan daripada itu, suspek telah memberikan dadah kepada isteri dan adik iparnya sebelum membunuh mangsa dengan senjata tajam. Suspek juga dipercayai merogol kedua-dua mangsa selepas mereka meninggal dunia. Kedua-dua mayat tersebut dibuang di lokasi yang berbeza.

Tiga lokasi berbeza

Sekadar gambar hiasan

Selang beberapa hari selepas itu, suspek telah pergi ke rumah ibu mentuanya di kampung Bursham dan mencekik wanita berkenaan. Dia juga telah membakar tubuh wanita tersebut agar identiti wanita itu tidak dapat dikesan. Sama seperti mayat isteri dan adik iparnya, mayat wanita itu turut dibuang di lokasi yang berbeza.

Menurut pihak polis, mereka berjaya menemui ketiga-tiga mayat di lokasi yang berbeza. Pihak polis mendapat tahu mengenai kes tersebut selepas berjaya menahan suspek.

Sumber: TimesNowNews

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×