berita

Berang Diminta Berhenti Main PUBG, Anak Kelar Leher Bapa

October 20th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) kini menjadi permainan kegemaran golongan muda kerana permainannya yang menarik, mudah diakses dan ia dimain secara atas talian. Di Uttar, Pradesh, India, seorang anak sanggup mengelar leher bapanya, setelah dia diminta untuk berhenti bermain PUBG ketika itu.

Kelar leher bapa

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Times Now News, anak lelaki yang dikenali sebagai Amir bertindak menyerang bapanya, Irfan, setelah bapanya meminta dia berhenti bermain permainan tersebut kerana sudah berjam-jam masa dihabiskan untuk perkara yang tidak berfaedah.

Tidak tahan dengan bebelan ayahnya, Amir bertindak mengambil sebilah pisau dan mengelar leher ayahnya beberapa kali. Mangsa ketika itu cedera parah berikutan insiden tersebut. Tidak habis di situ, suspek turut bertindak mencederakn dirinya dengan pisau.

Tertuduh ketika itu, kemudian keluar dari rumah dipenuhi dengan darah, orang awam yang berada di situ yang cuba mengawalnya turut hampir ditikam Amir. Hasil siasatan mendapati, Amir positif dadah dan sedang menjalani rawatan bagi pemulihan ketika itu.

Dirawat di hospital

Gambar sekadar hiasan

Amir dan Irfan telah dikejarkan ke Meerut Medical College bagi mendapatkan rawatan. Kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan kritikal.

Sebelum ini, kerajaan India telah melarang permainan PUBG di negara tersebut, namum penduduk di India masih mengikuti trend bermain permainan tersebut. Mengikut statistik, permainan tersebut telah dimuat turun dalam jumlah yang banyak di negara itu.

Sumber: Times Now News

SKIP THIS AD ×