berita

Dilabel Anak Tidak Membanggakan Punca Remaja Bunuh Ibu & Tetak Bapa Guna Parang

August 12th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Di Jawa Barat Indonesia, seorang lelaki berusia 23 tahun nekad membunuh ibu kandung dan mencederakan ayahnya dengan menggunakan sebilah parang.

Artikel Berkaitan: Anak Tikam Ibu Kandung Berkali-Kali Angkara Dendam

Sebab pembunuhan

Menerusi laporan Kompas.TV, remaja lelaki yang dikenali sebagai Rifki Azis Ramadhan telah membunuh ibunya Sri Widiastuti, 43 dan menetak bapanya iaitu Bakti Ajis Munir, 49, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Cimanggis, Arief Udiharso berkata pelaku mendedahkan dia sering dimarahi oleh orang tuanya sejak kecil sehinggakan melontar kata-kata yang tidak menyenangkan. Disebabkan itu, Rifki terasa hati dan menyimpan dendam sehingga memutuskan untuk membunuh kedua orang tuanya.

Menurut Rifki (pelaku) bapanya lontarkan kata-kata ‘kau dari lahir sampai sekarang, cakap satu perkara yang pernah buat orang tua kau bangga?’. Memang ada informasi yang kita peroleh dari tersangka ini bahwa sejak dari awal sekolah rendah hingga sekolah menengah sering dimarahi.

Susulan perasaan marah itu, bapa Rifki cedera parah akibat ditetak manakala ibunya meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, polis telah menangkap Rifki atas kesalahan membunuh dan dipenjarakan seumur hidup atau 20 tahun penjara.

Sumber: Kompas.TV, Detik News

SKIP THIS AD ×