Gambar sekadar hiasan
Suspek ketika itu sedang menyiram tanaman lalu dinasihati isterinya supaya berhenti untuk menjimatkan pengunaan air kerana bimbang bekalan air mereka tidak mencukupi bagi menampung keperluan semasa musim kemarau nanti.
Artikel Berkaitan: Bakar & Bunuh Isteri Akibat Cemburu, Lelaki Ini Menangis Depan Wartawan
Artikel Berkaitan: Suami Bunuh, Tanam Mayat Isteri Tepi Pantai
Suspek melarikan diri dalam hutan
Kejadian yang berlaku di Mae Hong Son, Thailand itu bermula apabila pasangan tersebut dikatakan bertikam lidah mengenai penggunaan air. Namun, si suami yang tidak dapat mengawal kemarahan lalu bertindak menikam isterinya sendiri dan kemudian melarikan diri ke dalam hutan.
Semasa tiba di lokasi kejadian, pihak polis menemui mayat seorang wanita berusia 55 tahun di luar pintu hadapan rumahnya. Laporan menunjukkan mangsa didapati telah ditikam berkali-kali di bahagian paha kanan sehingga dia kehilangan banyak darah.
Pihak polis juga menggeledah rumah pasangan tersebut dan menemui dadah yang dipercayai milik suspek.
Susulan itu, pihak polis bersama penduduk tempatan bekerjasama memburu suspek ke dalam hutan selepas pihak berkuasa menerima laporan berhubung pembunuhan tersebut pada pagi Rabu.
Walau bagaimanapun, pihak polis percaya mereka akan berjaya menahan suspek dalam masa terdekat kerana dia tidak mempunyai wang dan makanan semasa melarikan diri.
Sumber: Thaiger