Bahana cemburu, seorang lelaki di Thailand diberkas oleh pihak polis setelah bertindak kejam membunuh isterinya dengan membakar dan menikam mangsa berulang kali.
Artikel Berkaitan: Demi ‘Content’ Media Sosial, Wanita Maut Ketika Berlakon Aksi Bunuh Diri
Artikel Berkaitan: Bunuh Bayi Zara Dengan Kejam, Suami Pengasuh Akhirnya Ke Tali Gantung
Penyesal kemudian tiada guna
Mangsa Natthanan Joomfong, ketika kejadian hanya memakai tuala dilihat berlari keluar daripada trak pikap yang dipandu oleh suspek yang juga suaminya, Pisutsiri Chansoda sambil meminta bantuan penduduk tempatan.
Suspek yang berang kemudian mengejarnya dan mengheretnya serta memberi amaran kepada penduduk di situ supaya tidak mencampuri urusan rumah tangganya. Namun secara tiba-tiba dia menyiram mangsa dengan cecair pemitik api dan menyalakannya lalu menyebabkan mangsa terbakar.
Mangsa yang berusia 45 tahun itu, kemudian melompat masuk ke dalam sebuah kolam untuk memadamkan api tetapi suspek mengikutnya lalu menikamnya berulang kali sehingga mati sebelum melarikan diri.
Susulan itu, pihak polis berjaya mengesan dan menahan suspek yang berusia 42 tahun itu ketika dia cuba untuk membunuh diri. Manakala pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa turut dirampas sebagai bahan bukti.
Ketika dalam perjalanan ke balai polis, suspek sambil menangis memberitahu kepada wartawan bahawa dia sudah menyesal dengan apa yang telah dilakukannya dan dia mengakui dia amat menyayangi isterinya.
Pisutsiri bakal berhadapan dengan dua pertuduhan iaitu pertuduhan pertama membunuh dengan sengaja yang akan dihukum dengan hukuman mati, penjara seumur hidup, atau penjara 15 hingga 20 tahun. Manakala pertuduhan kedua iaitu membawa senjata ke tempat awam tanpa sebab yang munasabah akan didenda sehingga 1000 baht (RM129).
Sumber: The Thaiger