Gambar sekadar hiasan
Tindakan yang sangat kejam dilakukan oleh seorang lelaki selepas dia tergamak menetak isteri dan anaknya sendiri.
Artikel Berkaitan: Cemburu Cakap Telefon Dengan Lelaki Lain, Suami Tetak Isteri Guna Parang
Mengalami masalah rumah tangga
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Kompas, kejadian yang berlaku di Banyuwangi, Indonesia itu berlaku selepas lelaki berusia yang 47 tahun itu berang dengan isterinya yang meminta untuk diceraikan.
Dia kemudiannya menetak isterinya dengan menggunakan sabit sebelum bertindak menikam dirinya sendiri dengan menggunakan pisau.
Menurut Ketua Polis Wilayah Gambiran, AKP Abdul Rohman, mangsa kini dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di hospital.
Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Graha Medika selepas mengalami luka tetakan yang banyak di bahagian tubuh.
Suspek juga dikatakan telah menetak anaknya yang sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja.
Ketika berbincang, suspek merayu kepada isterinya agar tidak meneruskan proses penceraian namun, mangsa tetap meminta untuk diceraikan.
Ketika kedua-dua mereka sedang berbincang, anak mereka yang berusia 28 tahun sedang bersiap untuk pergi ke tempat kerja namun dihalang oleh suspek sehingga menyebabkan berlakunya perbalahan.
Suspek kemudiannya menetak anaknya di bahagian punggung kerana berang dengan tindakan anaknya yang dianggap tidak sopan dan biadab.
Dalam pada itu, difahamkan pasangan suami isteri itu dilaporkan mempunyai masalah dan krisis rumah tangga sebelum ini dan difahamkan kedua-duanya sedang dalam proses penceraian di mahkamah.
Sumber: Kompas