Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki bertindak menetak isterinya dibahagian leher dengan parang kerana berang isterinya bercakap telefon dengan lelaki lain.
Artikel Berkaitan: Berang Disuruh Jimat Air, Suami Sanggup Tikam Isteri Berkali-Kali
Artikel Berkaitan: Bakar & Bunuh Isteri Akibat Cemburu, Lelaki Ini Menangis Depan Wartawan
Bukti panggilan telefon
Gambar sekadar hiasan
Kejadian yang berlaku di Krabi, Thailand itu menyaksikan seorang lelaki pulang ke rumahnya dan dia melihat isterinya bercakap telefon dengan lelaki lain sambil berbaring dengan tidak memakai baju.
Akibat cemburu dan marah melihat situasi itu, suspek Prachuap Nuanchan bertindak mengambil sebilah parang lalu menetak isterinya sehingga mati.
Susulan itu, polis telah menahan suspek berusia 50 tahun tersebut di sebuah kolam ternakan udang di wilayah Songkhla.
Dalam pada itu, suspek juga mempunyai bukti panggilan telefon yang mengukuhkan lagi dakwaannya.
Suspek kemudian mengaku bersalah kerana membunuh mangsa di rumah mereka dan dia juga memohon kepada pihak polis untuk melihat mayat isterinya buat kali terakhir agar dia dapat meminta maaf.
Dia kemudian ditahan di balai polis dan didakwa atas kesalahan membunuh.
Terdahulu, difahamkan bahawa pasangan itu telah berkahwin lebih 20 tahun dan sepanjang perkahwinan mereka kurang bertengkar.
Sumber: Thaiger