berita

Berang Jenama Popular Henti Jualan, Wanita Di Russia Lancar Kempen Gunting Beg Chanel

April 8th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Wanita di Rusia melancarkan kempen menggunting beg Chanel milik mereka sebagai tanda protes selepas jenama mewah itu menghalang penduduk negara tersebut daripada membeli barangan mereka susulan perang di Ukraine.

Perlu tanda tangan aku janji untuk beli beg

Gambar sekadar hiasan

Menerusi rakaman video tersebut, model dan selebriti Rusia dapat dilihat menggunting beg Chanel milik mereka, langsung dimuat naik ke laman sosial bagi mengajak wanita lain untuk membuat perkara yang sama.

Selain menghalang jualan dalam negara tersebut, Chanel juga meminta warga Rusia di luar negara yang berhasrat membeli barangan jenama mereka untuk menandatangani aku janji bahawa mereka tidak akan memakai atau mempamerkan jenama itu di Moscow.

Sekatan oleh Chanel itu membuatkan mereka merasa seperti menjadi sasaran kempen ‘Russophobia’ atau fobia terhadap Rusia. Pelakon Rusia, Marina Ermoshkina, 28 tahun, menganggap tindakan Chanel itu tidak wajar dan dia menentang mana-mana pihak yang menyokong Russophobia.

Jika memiliki Chanel bermakna saya perlu menjual tanah air saya, maka saya tidak memerlukan Chanel.

Model Rusia yang berpangkalan di Monaco, Victoria Bonya, 42 tahun, pula berkata, Chanel bersikap kurang ajar dan tidak menghormati pelanggan mereka.

Saya orang Rusia, tinggal di Eropah dan saya enggan memakai Chanel. #ByeByeChanel

Dalam pada itu, Chanel dalam satu kenyataan berjanji akan menambah baik prosedur pembelian dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Kami memahami bahawa langkah-langkah ini yang bertujuan mematuhi keperluan undang-undang, mungkin menimbulkan kesulitan tertentu untuk sesetengah pelanggan.

Video

Sumber: DailyMail

SKIP THIS AD ×