berita

Berang Kena Cerai Sebab Suami Pilih Kekasih, Isteri Nekad Roboh Rumah Guna Jentolak – ‘Biar Sama-Sama Tidak Memiliki, Barulah Adil!’

February 4th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap pasangan yang berkahwin menginginkan kebahagiaan rumah tangganya kekal hingga akhir hayat. Namun, takdir sudah tertulis, ada keluarga yang berakhir dengan penceraian.

Kena cerai sebab suami ada kekasih

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita bertindak merobohkan rumah miliknya bersama suami di Desa Gedungbanteng selepas dia diceraikan gara-gara orang ketiga.

Darmi, 40, berang dengan tindakan bekas suaminya itu bertindak merobohkan rumah yang dibina pada tahun 2016 dengan menggunakan jentolak.

Katanya lagi, biarpun tanah rumah tersebut milik keluarga mentua, dia tidak akan membenarkan bekas suaminya, Purwanto, 35, dan kekasih tinggal di situ.

Tanah ini milik orang tua Purwanto iaitu bekas suami saya tetapi rumah ini kami bina bersama-sama.

Sekarang dia sudah ada wanita lain, saya tidak akan benarkan bekas suami dan kekasihnya tinggal di rumah ini. Biar sama-sama tidak memiliki rumah ini, barulah adil.

Rumah untuk hari tua

Dalam pada itu, dedah Darmi, rumah itu dibina untuk dia dan bekas suami tinggal bersama pada hari tua nanti bukan diwarisi kepada anak-anak.

Saya bina rumah bukan untuk anak-anak tetapi untuk hidup bersama suami hingga ke hari tua. Ternyata, kami berpisah jadi jalan paling senang, robohkan sahaja.

Saya juga mendermakan semua barang-barang dalam rumah buat mereka yang berminat. Saya tidak mahu wang atau apa pun, cukup rumah ini sudah dirobohkan.

Sumber: BeritaJatim

SKIP THIS AD ×