berita

Berang Lambat Masak Rendang Ayam, Suami Pukul, Ludah Isteri

March 29th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara terlambat untuk memasak rendang ayam yang diminta, seorang lelaki sanggup menampar dan meludah isterinya di Kampung Melayu, Ampang.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian tersebut dipercayai berlaku di rumah pasangan tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi.

Duduk atas badan isteri

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kejadian itu berlaku sebaik sahaja si suami yang berusia 67 tahun, tidak berpuas hati dan menampar pipi isterinya kerana mangsa lambat untuk memasak rendang ayam yang telah diminta. Susulan daripada itu, timbulnya pertengkaran di antara pasangan tersebut.

Suspek kemudian duduk di atas badan isterinya termasuk meludah muka wanita itu. Lelaki itu mahu mencekik mangsa namun wanita cuba melawan mengakibatkan berlakunya pergelutan sehingga mereka terjatuh dari katil. Susulan pergelutan itu, wanita berkenaan mengalami sakit pada badan dan lebam pada dagu sebelah kanan. Namun, mangsa dia tidak dapat memastikan puncanya (sakit/lebam).

Hidap sakit jantung

Sekadar gambar hiasan

Siasatan yang dilakukan mendapati wanita berkenaan tinggal di rumah bersama suami dan ibu mertuanya yang lumpuh berusia 86 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Ujar Farouk, suspek merupakan seorang pesara yang juga menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis serta memerlukan suntikan insulin empat kali sehari.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×