berita

Berang Makanan Selalu Dikebas Rakan Sebilik, Lelaki Tinggalkan Nota ‘Deep’ Di Semua Makanan Miliknya!

September 26th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Zaman belajar sudah semestinya zaman yang penuh dengan memori suka dan duka. Mana taknya, zaman itulah para pelajar mula mengenali erti pergaulan. Buat korang yang tinggal di hostel, pasti banyak kenangan yang best masih terpahat di ingatan kan? Antaranya, kongsi makanan bersama rakan sebilik untuk berjimat. Betul tak!

Menerusi Twitter Akbar, dia berkongsi kisah mengenai rakan sebiliknya semasa zaman belajar. Menurutnya, kawannya yang dianggap pendiam itu, seorang yang berbisa dari segi penulisan kerana setiap balang makanan rakannya itu mempunyai nota yang boleh membuatkan orang lain berfikir sejuta kali sebelum mengambil makanan tersebut.

Sekali keluar ayat dia

Menurut Akbar, setiap bekas makanan kawannya itu pasti mempunyai nota yang ditampal. Antara ayat yang ditampal iailah, ‘best kan hidup, tak payah keluar duit’ dan ‘jangan bimbang kebas je milo member’.Jelasnya lagi, dia mula menyedari mengenai nota tersebut ketika tengah belajar di meja rakannya itu. Walau bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat untuk mencuri makanan itu.

Aku share sebab kelakar

Selepas terlihat nota tersebut, Akbar menghantar Whatsapp kepada rakannya yang dikenali sebagai Wafi, untuk bertanyakan hal sebenar dan siapa orang yang dituju itu. Ternyata jawapan yang diberikan rakannya itu sungguh melucukan iaitu ‘saja je tulis..bosan’. Melalui jawapan yang diberikan, netizen mula meninggalkan komen dan pandangan mereka terhadap perkongsian tersebut.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen menyokong tindakan rakan Akbar kerana sikap yang ditunjukkan itu bukan kategori kedekut. Sebaliknya, mungkin rakannya itu hendak berjimat dan pada masa yang sama, dia terpaksa makan hati dengan sikap selamba rakan-rakan yang suka mengambil makanan tanpa minta izin.

Netizen turut berpendapat, orang yang pendiam selalunya menyimpan lebih banyak masalah di dalam hati. Namun, jika mereka mengeluarkan kata-kata, sudah pasti orang yang mendengar akan merasai kesakitannya.

Sumber: 4kebaree

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×