berita

Berang Minta Putus Hubungan, Lelaki Tikam & Tetak Teman Wanita

September 2nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki ditahan reman selama enam hari kerana menetak dan menikam teman wanitanya berusia 32 tahun kerana berang mangsa mahu memutuskan hubungan cinta mereka.

Artikel Berkaitan: Berang Minta ‘Putus’, Remaja 19 Tahun Tekup Muka Teman Wanita Dengan Bantal Hingga Mati

Tikam, tetak kekasih

Foto: Pisau yang digunakan suspek (Harian Metro)

Memetik laporan Harian Metro, insiden ngeri itu dipercayai berlaku pada pukul 12 tengah hari kelmarin di sebuah unit pangsapuri sekitar Masai, Johor. Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak, pengawal keselamatan yang bertugas telah menghubungi pihak polis selepas terdengar jeritan mangsa disebabkan pergaduhan yang berlaku.

Pengawal keselamatan (pengadu) itu memaklumkan terdengar pergaduhan di unit kediaman berkenaan, semasa membuat pemeriksaan di rumah mangsa, pengadu mendapati suspek memegang pisau dan mangsa dalam keadaan berlumuran darah.

Suspek yang berusia 30 tahun itu bertindak menetak di beberapa bahagian badan dan menikam mangsa sehingga mengakibatkan mangsa luka di bahagian muka, lengan dan pergelangan tangan selain cedera ditikam di bahagian rusuk. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut.

Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana marah terhadap mangsa yang enggan meneruskan hubungan percintaan antara mereka.

Polis turut merampas pisau sepanjang 19 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut. Pemeriksaan awal mendapati, suspek mempunyai satu rekod lampau bersabit kesalahan jenayah. Suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula semalam hingga Selasa depan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×