Seorang lelaki telah ditahan kerana menampar seorang juruterbang akibat berang pesawat yang dinaikinya ditangguhkan disebabkan cuaca buruk.
Artikel Penuh: Rakan Bersubahat Belasah Seorang Remaja Sebelum Mati Ditolak Dari Puncak Tebing
Tampar juruterbang
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan The Straits Times, insiden tersebut berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi.
Kejadian tersebut telah dirakam oleh penumpang lain dan ia menjadi tular di media sosial.
Pesawat tersebut sepatutnya terbang dari Delhi ke Goa pada 14 Januaro namun, disebabkan kabus yang tebal dan sejuk menyelubungi kawasan besar di bahagian utara India pesawat tersebut menghadapi kelewatan 13 jam.
Dalam video tersebut, dapat dilihat seorang penumpang itu menghayun lengannya secara agresif dan menampar juruterbang, menyebabkan dia tergelincir ke belakang.
Ketika kejadian, juruterbang tersebut sedang membuat pengumuman sebelum dia ditampar.
Dua pramugari yang melihat kejadian tersebut segera membantu untuk menghentikan penumpang tersebut daripada menyerang juruterbang lebih jauh.
Seorang penumpang berhoodie biru juga untuk menghentikan suspek dengan menenangkannya dan berjalan bersamanya.
Walau bagaimanapun, penumpang itu telah ditahan selepas Syarikat Penerbangan IndiGo memfailkan aduan terhadapnya.
Kini, pihak polis telah menjalakan siasatan dan lelaki itu dihukum kerana menyebabkan kecederaan secara sukarela.
Sumber: The Straits Times, Hindustan Times