berita

Berang Tak Dapat Duit Beli ‘Barang’, Lelaki Mengamuk Bakar Motosikal

November 24th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Kepala Batas, Pulau Pinang, seorang lelaki bertindak secara luar ‘kawalan’ dengan membakar motosikalnya sendiri. Kejadian tersebut berpunca apabila dia tidak mendapat wang yang dimintanya untuk membeli dadah. Marah dengan permintaannya yang tidak dapat dipenuhi, motosikalnya menjadi mangsa. Alahai!

Nak beli dadah

Gambar sekadar hiasan

Lapor Sinar Harian, kejadian tersebut berlaku petang semalam di Paya Keladi Hujung, Kepala Batas. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu berpunca apabila ibu bapa enggan memberikannya wang seperti yang diminta. Tambahan pula, duit tersebut dipercayai akan digunakan oleh anaknya untuk membeli dadah.

Marah dengan ibu bapanya, suspek yang berusia 24 tahun bertindak membakar sebuah motosikal jenis Honda Waze 125. Susulan kejadian tersebut, pihak polis menerima laporan akan tindakan lelaki terbabit.

Positif methamphetamine

Gambar sekadar hiasan

Dia dipercayai bertindak demikian kerana berang tidak diberi wang untuk membeli dadah. Bagaimanapun, suspek tidak mencederakan sesiapa termasuk ibu bapanya.

Jelas Noorzainy, hasil ujian air kencing yang dilakukan oleh anggota Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) mengesahkan suspek positif methamphetamine. Kini suspek telah diserahkan kepada AADK Seberang Perai Utara bagi tindakan selanjutnya.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×